JABATAN RESPIRATORI
Dr KUNJI KANNAN A/L SIVARAMAN KANNAN
KETUA JABATAN RESPIRATORI
PENGENALAN
Jabatan Respiratori terletak di bangunan berkembar Hospital Queen Elizabeth di aras 4 blok A. Dimana jabatan ini merangkumi dua perkhidmatan iaitu Klinik Pakar Respiratori untuk rawatan pesakit luar dan Wad Respiratori untuk rawatan pesakit dalam. Antara pesakit yang menerima rawatan di sini adalah pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan atau paru-paru (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik) seperti Pesakit Asma, Pesakit TB, Pesakit Kanser Paru-Paru dan Pesakit Obstructive Sleep Apnea. Jabatan Respiratori Hospital Queen Elizabeth ini merupakan pusat rujukan utama bagi kes-kes yang melibatkan pesakit respiratori bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta (Hospital dan Klinik) untuk seluruh Negeri Sabah termasuk juga Wilayah Persekutuan Labuan.
OBJEKTIF
Memberi khidmat diagnostik yang komprehensif sesuai dengan pengetahuan semasa, menerima piawaian kebangsaan dan antarabangsa, menjadikan peranan Jabatan Respiratori sebagai pusat rujukan respiratori utama di negeri Sabah bagi permasalahan paru-paru yang tinggi di kalangan masyarakat.
VISI
Menjadi pusat sumber utama bagi meningkatkan kesihatan paru-paru di negeri Sabah dan menjadi pusat kecemerlangan serantau dalam perubatan respiratori di Malaysia Timur.
MISI
Menyediakan dan mempromosikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik melalui pendidikan dan penyelidikan serta meningkatkan kemahiran pengetahuan mengenai kesihatan paru-paru.
SKOP PERKHIDMATAN
BAHAGIAN | PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
---|---|
Klinik Pakar Paru-Paru | Pesakit Asma Kronik Pesakit Kanser Paru-Paru (Histopatologi) Pesakit Post-Covid |
Klinik TB & Diagnostik | Pesakit Tuberculosis (TB) Pesakit TB MDR Pesakit masalah paru-paru rujukan baru dari seluruh Sabah |
Interventional Pulmonology | Prosedur Flexible & Rigid Bronchoscopy Prosedur Pleuroscopy Prosedur Endoscopy Bronschoscopy Ultrasound System (EBUS) |
Klinik Perubatan Tidur | Ujian tidur Polysomnography & apnealink |
Pulmonari Fisiologi | Lung Function Test (LFT) General Respiratori Function Test (GRFT) Metacholine Challenge Test (MCT) Cardiopulmonary Exercise Test (CPET) |
Wad Respiratori | Perkhidmatan pesakit dalam |
JADUAL KLINIK PAKAR
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | |||
0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1700 | 0800-1700 |
Klinik Tibi | Klinik Diagnostik | Klinik Asma | Klinik Post Covid | Klinik Asma | Klinik Post Covid | Klinik Kanser Paru-Paru | Klinik Perubatan Tidur |