Accessibility Tools

UNIT FISIOTERAPI

PENGENALAN

Perkhidmatan Fisioterapi telah bermula di Hospital Queen Elizabeth pada tahun 1970 di Kompleks Perubatan B, tingkat bawah Bangunan Pentadbiran dan Pengurusan Hospital Queen Elizabeth. Pada tahun 2008, Unit Fisioterapi telah dipindahkan ke Jabatan Rehabilitasi di Blok Klinik Pakar, Aras 1.

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Queen Elizabeth memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive and preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi (PPPF) /Jurupulih Perubatan Fisioterapi (JPF) berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini.  Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.

SKOP PERKHIDMATAN

Memberi perkhidmatan fisioterapi seperti yang berikut:

i. Perkhidmatan Pesakit Dalam 

ii. Perkhidmatan Pesakit Luar 

iii. Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan bagi pesakit dalam wad yang memerlukan perawatan  chest physiotherapy yang berterusan.

JENIS PERKHIDMATAN

A. Perkhidmatan Teras:

1. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal

2. Perawatan Fisioterapi Respiratori

3. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)

4. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)

5. Perawatan Fisioterapi Geriatrik

6. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen

7. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan

B. Perkhidmatan Pengkhususan:

1. Perawatan Fisioterapi Lymphodema

2. Perawatan Fisioterapi Vestibular

3. Perawatan Fisioterapi Hand and Microsurgery

4. Perawatan Fisioterapi Haemofilia

5. Perawatan Fisioterapi Paliatif

6. Perawatan Fisioterapi Fototerapi

7. Perawatan Fisioterapi Burn and Reconstructive Surgery

C. Perkhidmatan Multidisiplinari:

1. Pemulihan Kardiak

2. Pemulihan Amputee

3. Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)

4. Pemulihan Strok

5. Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)

6. Chronic Pain Management