UNIT GASTROENTROLOGI
PENGENALAN
Buatlah temujanji dengan doktor anda!
Kaunseling perubatan dengan doktor di klinik pakar adalah dengan temu janji sahaja. Lawatan kali pertama ke klinik Perubatan AM memerlukan surat rujukan dari klinik kerajaan atau swasta. Bawalah bersama dokumen anda dan berjumpalah dengan kakitangan kaunter yang sedia membantu anda. Tarikh temujanji ditentukan berdasarkan keutamaan anda dan juga jika tarikh yang anda kehendaki tidak penuh. Datanglah lebih awal supaya masalah kesihatan anda mendapat perhatian dengan segera.
Sila bawa bersama surat jaminan majikan anda. Untuk makluman, bagi kakitangan kerajaan, EGL boleh didapati di kaunter hasil. Anda boleh mendapatkannya semasa atau sebelum membuat bayaran. Sila rujuk kadar bayaran di bawah.
VISI
Jabatan Perubatan berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perubatan yang berkualiti, promosi kesihatan, pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan.
MISI
- Untuk memastikan pengalaman/praktis perubatan dalam berada tahap tertinggi pada setiap masa
- Untuk dikenalpasti sebagai pusat latihan serta pendidikan ijazah lanjutan yang cemerlang di dalam perubatan
- Untuk mencapai sasaran sebagai pusat rujukan tertinggi yang mampu memberi perkhidamatan kepakaran sepenuhnya pada tahun 2020
- Untuk diiktiraf sebagai pusat pengajian perubatan yang cemerlang
- Untuk memupuk 'budaya korporat' dengan menitikberatkan budaya penyayang, kerja berpasukan serta berperikemanusiaan di kalangan pengamal perubatan
- Untuk memberi rawatan dengan menumpukan kepada pesakit keseluruhannya, menitikberatkan kesihatan serta penjagaan diri sendiri.
MATLAMAT & OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan daripada aspek promosi pencegahan dan penyembuhan kepada pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan optimum dengan mencegah kejadian penyakit-penyakit untuk membolehkan pesakit-pesakit hidup dalam keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik serta sempurna.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan :-
- Perawatan awal
- Diagnotik /rawatan
- Kes ulangan pesakit luar / Discaj pesakit dalam
- Rawatan rapi jika diperlukan