PUSAT SUMBER TRANSPLAN SABAH.
PENGENALAN
Ditubuhkan pada tahun 2012 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Dikendalikan oleh Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu Transplan Peringkat Wilayah Sabah yang bertanggungjawab ke atas Perkhidmatan Perolehan Organ dan Tisu Kadaverik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi seluruh Sabah, WP Labuan dan Utara Sarawak.
OBJEKTIF
- Mengukuhkan struktur organisasi di peringkat wilayah.
- Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan anggota kesihatan dan orang awam.
- Meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ.
- Meningkatkan kadar pendermaan organ dan tisu.
- Menyelaras aktiviti perolehan organ dan tisu.
- Mempromosikan pendermaan organ melalui penyaluran maklumat yang betul mengenai kepentingan pendermaan organ dan transplantasi
- Mendaftarkan pengikrar baru dan mengendalikan data pengikrar bagi seluruh negeri Sabah.
- Menganjurkan aktiviti latihan kepada kakitangan kesihatan mengenai pendermaan organ dan pengurusan perolehan transplant di hospital.
- Memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang melalui kaunseling kemurungan.
- Menawarkan peluang kepada waris sekiranya mereka berhasrat untuk mendermakan organ dan tisu ahli keluarga yang telah meninggal.
- Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO’s), Media Massa, institusi pendidikan dan keagamaan dalam menganjurkan kempen dan aktiviti promosi.
Aras 1, Kompleks Klinik Pakar (berhadapan dengan Kantin Hospital).
HUBUNGI KAMI
Telefon: 088-517 555
Laman web: www.dermaorgan.gov.my
Laman Facebook: A Gift of Life Sabah