Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth (CRC QEH) yang sebelum ini dikenali sebagai CRC Sabah, mula ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Ia telah beroperasi sejak tahun 2008 dengan tujuan untuk menggalakkan, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal berkualiti dan beretika untuk meningkatkan taraf kesihatan pesakit dalam HQE. CRC QEH menjalankan penyelidikan klinikal, dan menyediakan kursus dan perkhidmatan latihan berkaitan penyelidikan termasuk metodologi penyelidikan, biostatistik perubatan dan Bengkel Good Clinical Practice (GCP).
VISI
Menjadi institusi penyelidikan klinikal yang terkemuka di Sabah dan peringkat kebangsaan.
MISI
1. Meningkatkan taraf kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
2. Memastikan hasil kajian yang berkualiti disampaikan kepada pemegang taruh untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan CRC merangkumi fungsi-fungsi utama CRC di hospital selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 2/2024: Penyelidikan Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal (IRC) serta Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Di Hospital Dan Penubuhan Jawatankuasa Penyelidikan di Peringkat Hospital dan Negeri.
1) Penyelidikan
- Melaksana, menjalankan serta membantu dalam penyelidikan klinikal (lnvestigator-lnitiated Research (IIR) atau lndustry-Sponsored Research (ISR)) dan lain-lain penyelidikan yang dijalankan atau dikoordinasi oleh ICR atau KKM;
- Menerbitkan hasil kajian dalam jurnal yang berimpak faktor tinggi;
- Membentang hasil penyelidikan di seminar atau mesyuarat saintifik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
2) Konsultasi
- Memberi khidmat rundingan berkaitan penyelidikan protokol kajian termasuk metodologi, statistik, dan lain-lain kepada penyelidik KKM atau agensi luar KKM;
- Memberi khidmat rundingan prosedur penyelidikan di KKM kepada penyelidik dari KKM atau agensi luar KKM;
- Memberi khidmat rundingan penyediaan hasil kajian termasuk analisa data dan penulisan laporan penyelidikan;
- Membantu penyelidik dalam proses permohonan penerbitan hasil kajian dalam jurnal yang berimpak faktor tinggi.
- Membantu penyelidik dalam proses pembentangan hasil penyelidikan di seminar atau mesyuarat di saintifik di peringkat negeri, kebangsaan, atau antarabangsa.
3) Latihan
- Menjalankan latihan-latihan berkaitaan penyelidikan seperti Introduction to Clinical Research, Good Clinical Practice, Good Research Practice, statistik, dan Latihan berkaitan;
- Memberikan latihan dalaman Continuous Professional Development (CPD) secara rutin;
- Mengadakan program bimbingan untuk staf yang berminat dalam penyelidikan.
4) Tadbir Urus
- Terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran penyelidikan seperti membantu pendaftaran protokol dan permohonan geran di NMRR;
- Membantu penyelidikan yang dijalankan di hospital;
- Menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pangkalan data staf yang berminat dalam penyelidikan, rekod staf yang menjalankan penyelidikan IIR & ISR, pembentangan dan penerbitan;
- Mengumpul KPI penyelidikan di peringkat hospital dan dihantar ke JKN dan ICR.
PAUTAN PENTING
- Senarai Semak Rujukan Penyelidik yang Menjalankan Kajian di Hospital Queen Elizabeth - https://tinyurl.com/SENARAISEMAKKAJIAN
Perkhidmatan Konsultasi - dapatkan temujanji melalui https://tinyurl.com/RCC-2020 - Frequently Ask Questions - https://tinyurl.com/HQERCCFAQ