banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Kenyataan Media KPK 22 September 2022 – Makluman Pembukaan Dewan Bedah Hospital Papar

Dewan Bedah Hospital Papar telahpun dibuka semula semalam, oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Haji Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.


23 September 2022-Dewan Bedah Hospital Papar telahpun dibuka semula semalam, oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Haji Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.


Dalam kenyataan YBhg Tan Sri KPK, pembukaan dewan bedah ini dilaksanakan di bawah program pembedahan global/“Global Surgery” Initiative dan Program Kluster Hospital.


Hospital Papar yang merupakan sebuah Non-Lead Hospital di bawah Kluster Kota Kinabalu ini telahpun beroperasi selama 51 tahun sejak pembukaannya pada 2 Oktober 1971.


Kini, Hospital Papar menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada anggaran 183,500 penduduk di Daerah Papar, antaranya perkhidmatan Unit Kecemasan, radiologi, fisiologi dan carakerja, makmal patologi, farmasi, dewan bedah, Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Pediatrik, Wad Obstetrik dan Ginekologi, dan hemodialisis.

Turut hadir, YBhg Datuk Dr Rose Nani binti Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg Dato’ Dr Mohamed Sapian bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, YBrs Dr Mastura binti Haji Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, YBhg Datuk Dr Abd Kahar bin Abd Asis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Perubatan), YBrs Dr Asits bin Sanna, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Kesihatan Awam), YBrs Tuan Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Pengurusan), YBrs Dr Zaiton binti Tahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Pergigian), YBhg Datuk Dr Soon Ruey, Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, dan Dr Ferro Firdaus bin Ibrahim, Pengarah Hospital Papar.


Today: 31
Yesterday: 33
This Week: 83
Last Week: 179
This Month: 888
Last Month: 1,143
Total: 15,999
0888