PENGENALAN
Bangunan ini telah siap dibina pada penghujung tahun 2002. Ia mempunyai dua puluh (20) katil rasmi, Bilik Pemeriksaan, Bilik Prosedur, Bilik Bersalin, Bilik Isolation, Bilik Laktasi dan lain-lain lagi. Unit ini telah mula beroperasi 24 jam pada 16hb. Jun 2003. Anggota-anggota yang bertugas di unit ini terdiri daripada 1 Ketua Jururawat, 8 Jururawat Terlatih, 9 Jururawat Masyarakat dan 5 Atendan Kesihatan.
Unit ini dilengkapi dengan alat-alat perubatan seperti Cardiotocograph (CTG), Ultra Sound dan lain-lain alat lagi untuk perawatan ibu dan janin. Selain daripada alat-alat perubatan, kemudahan seperti lampu di setiap katil, air panas, penghawa dingin, televisyen dan lain-lain juga disediakan untuk keselesaan semua ibu yang dimasukkan ke unit ini..
LOKASI
Wad O&G adalah satu bangunan bersendirian dan terletak dibelakang Wad Kanak-kanak. Dan Unit Hemodialisis
Pada Oktober 2016 sehingga 2018, bahagia kubikal Wad Gine ini menjadi penempatan sementara untuk Wad Perempuan kerana wad ini terlibat dalam kawasan naik taraf Unit Hemodailisi
Pada bulan Mac 2020 sebahagian bangunan ini menempatkan Wad Kanak-kanak kerana penstrukturan Wad Dalam perlu dilakukan atas keperluan semasa dalam menghadapi pandemik Covid-19.
VISI
Memberi perkhidmatan Kebidanan yang berkualiti dalam perkhidmatan pesakit selaras dengan visi Hospital Papar , JKNS dan KKM.
MISI
Melaksanakan perkhidmatan perawatan dengan menerapkan nilai-nilai Budaya Korporat berlandaskan elemen-elemen dalam etika Kejururawatan Kebidanan agar pelanggan dan anggota dapat menikmati kesihatan dan perkhidmatan yang lebih bernilaI
OBJEKTIF
-Untuk mendiagnos dan memberi pengawasan serta rawatan yang bersesuaian kepada pelanggan.
-Untuk memastikan kelahiran hidup dan selamat bagi mengurangkan 'Infant and Maternal Morbidity and Mortality’.
-Menyediakan persekitaran wad dan ruang yang cukup , selesa dan selamat kepada pelanggan dan anggota.
SKOP PERKHIDMATAN
-Menerima ibu mengandung 22 minggu dan keatas yang dirujuk daripada Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan atau swasta
-Menilai , mendiagnosis , merawat dan menjaga ibu / pesakit yang masuk ke Unit O&G.
-Pengurusan ibu-ibu mengandung yang disyaki atau disahkan positif jangkitan Covid-19
-Menyambut kelahiran bayi yang bersalin secara normal .
-Menjaga dan mengawas bayi yang baru lahir
-Memberi immunisasi BCG dan Hepatitis B kepada bayi.
-Mempromosikan dan memberi tunjukajar tentang penyusuan susu ibu.
-Memberi perkhidmatan 24 jam.





