Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu Jabatan sokongan klinikal di Hospital Papar.
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:
-
Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
-
Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (berpusat) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Objektif Umum
Memberikan perkhidmatan sajian dan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan
Objektif Khusus
-
Menyediakan diet normal dan teraputik kepada semua pesakit dalam wad, termasuk di pusat rawatan harian dan pesakit hemodialisis.
-
Membekalkan perkhidmatan makanan dan bekalan kering kepada kakitangan yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
-
Memberi Terapi Pemakanan Perubatan (medical nutrition therapy) kepada pesakit untuk memperbaiki status pemakanan mereka dan melengkapkan rawatan perubatan.
-
Memberi khidmat latihan praktikal sajian dan dietetik kepada para pelatih dari institusi pengajian tinggi.
-
Mengendalikan penyelidikan dalam bidang dietetik klinikal serta sajian dan dietetik komuniti berdasarkan keperluan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.





