banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Hak-Hak Pesakit


  1. Setiap kes kecemasan berhak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera di Unit Kecemasan dan Trauma.

  2. Setiap pelanggan berhak dilayan dengan baik, mesra, bertanggungjawab, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

  3. Berhak mendapat kerahsiaan semasa sesi soal jawab, pemeriksaan atau rawatan oleh kakitangan perubatan.

  4. Perlu memberi kerjasama semasa pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan.

  5. Bagi Pesakit kanak-kanak yang dimasukan ke wad berhak ditemani ibubapa penjaga atau pewaris terdekat pada setiap masa.

  6. Pesakit berhak mendapatkan maklumat / penjelasan tentang keadaannya, hasil pemeriksaan dan hasil penyiasatan yang telah dijalankan.

  7. Pesakit boleh merujuk anggaran kos rawatan, penyiasatan dan prosedur yang bakal dijalankan ke atasnya.

  8. Pesakit berhak mendapatkan penjelasan yang jelas, ringkas dan padat mengenai rawatan / prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang mungkin berlaku, kemungkinan kegagalan dan kesan sampingan.

  9. Pesakit berhak mendapatkan laporan perubatan dalam masa 14 hari masa berkerja pada kadar bayaran yang ditetapkan.

  10. Pesakit berhak mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci. Sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diterangkan jika diminta.

Today: 32
Yesterday: 33
This Week: 84
Last Week: 179
This Month: 889
Last Month: 1,143
Total: 16,000
0889