PENGENALAN
Jabatan Pesakit Luar merupakan salah satu unit utama bagi Hospital Papar. Ia menerima kes pesakit luar baru, ulangan, menjalankan pemeriksaan kesihatan dan penyaringan bagi seluruh penduduk di daerah Papar dan kawasan sekitarnya. Ia juga merupakan tempat rujukan kes-kes pesakit luar dari Klinik-klinik Kesihatan kerajaan dan swasta di sekitarnya.
OBJEKTIF
Untuk menentukan kesesuaian, kecekapan dan perawatan yang berkualiti dengan penekanan kepada pendidikan dan promosi kesihatan untuk rawatan berterusan supaya pelanggan dapat mengekalkan atau menjalankan cara hidup yang sihat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
A.) Klinik Pesakit Luar Am.
-
Merawat semua kes pesakit luar termasuk kes rujukan dari fasiliti lain.
-
Membuat saringan pelbagai penyakit meliputi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
-
Merujuk kes ke disiplin kepakaran tertentu mengikut keutamaan dan keperluan.
-
Merawat kes kes ulangan mengikut masa dan tarikh temujanji yang diberikan.
-
Menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti permohonan kemasukan ke pelbagai institusi pendidikan, tawaran pekerjaan, permohonan menunaikan haji, pemeriksaan penjawat awam atas permintaan majikan dan seumpamanya.
B.) Bilik Prosedure dan dressing
-
Melakukan prosedur kecil seperti suntikan, rawatan luka, ECG, ujian fluorescent dan CBD.
-
Pemeriksaan Visual Acuity.
-
I&D yang ringan.
C.) Klinik Pakar Perubatan (Kluster)
-
Merawat kes perubatan yang dirujuk kepada Pakar Perubatan.
-
Memberikan ceramah CME oleh pakar kepada anggota hospital.
1. Klinik Diabetes.
Memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat dan rawatan berkaitan penyakit diabetes, pemakanan dan penjagaan luka. Rujukan kepada pakar pemakanan bagi pesakit diabetes.
2. Klinik Berhenti Merokok.
Memberikan perkhidmatan khidmat nasihat dan rawatan berhenti merokok kepada pelanggan yang dirujuk serta datang secara ‘walk in’. Masa klinik ialah setiap hari jumaat.
3.Klinik Penjagaan Luka dan Wound Care.
Memberikan perkhidmatan penjagaan luka (wound care) kepada pesakit yang dirujuk.
4. Klinik Lawatan Pakar
Memberikan perkhidmatan khidmat nasihat dan rawatan pakar secara berjadual. Pada masa ini, lawatan pakar yang disediakan ialah dari Pakar O&G, Pakar Kanak-kanak dan Pakar Psikiatri.
5. MASA OPERASI :





