Pengenalan
Unit Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan yang melibatkan Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Papar.
Skop Perkhidmatan
Menyedia,menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti jabatan dan Unit di mana terdapat penempatan Penolong Pegawai Perubatan seperti berikut :-
-
Unit Penolong pegawai Perubatan
-
Jabatan kecemasan & Trauma
-
Jabatan Pesakit Luar
Objektif
Unit Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab menyediakan perlhidmatan seperti berikut :
-
Memantau,menilai dan menjaga mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dari segi rawatan pesakit melalui konsep preventif, kuratif dan rehabilitatif berdasarkan Kod Etika dan Akta Pembantu Perubatan.
-
Menerapkan nilai-nilai Budaya Koprat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan tugas harian.
-
Memantau dan membudayakan program pelaksanaan pembelajaran berterusan dan kursus/latihan yang berkaitan untuk meningkatkan kompetensi Penolong Pegawai Perubatan sama ada rawatan kepada pesakit dan dari segi penggunaan peralatan perubatan yang terkini.
-
Mengamalkan nilai-nilai pelanggan diutamakan dan memberi peluang pesakit dan keluarga membuat keputusan untuk memilih rawatan selepas nasihat secara profesional diberikan.
Visi
Profesyen Penolong Pegawai Perubatan akan menjadi ahli yang berpengalaman,berkemahiran tinggi dan cekap memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan individu,keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang saksama,berteknologi dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif,prementif,kuaratif dan menggalakan kerjasama individu dan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan berlandaskan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.\
Misi
-
Memberi perkhidmatan yang terkini dan berdasarkan teknologi semasa dengan cekap dan berkesan berkonsepkan “Client focused smart partnership” secara profesional melalui usaha :
-
Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan melaksanakan peranan klinikal,dokumentasi,latihan perkembangan semasa.
-
Melaksanakan sistem kesihatan dengan memberi penekenan berkonsepkan “wellness,focused,seamless care and client empowment” kepada setiap individu,keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optimum,menikmati kehidupan yang lebih menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
-
Mengendalikan terus kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang disediakan.
-
Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran profesion Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang Perubatan melalui pendidikan dan latihan.
Kewajipan Pelanggan
-
Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
-
Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh bertanggungjawab.
-
Menyediakan dan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan lengkap apabila diperlukan.





