banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Unit Farmasi

 

LATAR BELAKANG

Unit Farmasi terdiri daripada Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Unit Informasi Ubat, Farmasi klinikal dan Farmasi Logistik. Terdapat satu (1) jawatan Ketua Pegawai Farmasi dan lima (7) jawatan Pegawai Farmasi dan maksima 4 Pegawai Farmasi (kontrak).Jumlah Pegawai Kontrak yang diberikan adalah tidak tetap dan akan sentiasa berubah.

 

Jawatan Pegawai Farmasi dibahagikan secara berikut:

1 Ketua Pegawai Farmasi menjaga Pengurusan & Unit Informasi Ubat,

2 Pegawai Farmasi& 4 Pegawai(kontrak) Farmasi Pesakit Luar

1 Pegawai Farmasi Manufacturing

1 Pegawai Farmasi Farmasi Pesakit Dalam

1 Pegawai Farmasi Wad Klinikal

2 Pegawai Farmasi Logistik


Jawatan Penolong Pegawai Farmasi terdiri daripada:

1 Penolong Pegawai Farmasi Kanan U36 (KUP) menjaga Substor

1 Penolong Pegawai Farmasi U32 menjaga SPUB

6 Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP) / U29

1 Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Unit Prabungkus

1 Pembantu Awam H14 Unit Prabungkus (Kosong)

 

Jawatan di Stor Farmasi terdiri daripada:

1 Pembantu Tadbir (Stor) Gred N17/(KUP)N22

1 Pembantu Perawatan Kesihatan U11


VISI

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang tebaik untuk kesihatan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

 

MISI

Ke arah perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan mengutamakan konsep integriti, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran Hospital Papar.

 

OBJEKTIF

Memastikan bekalan farmaseutikal dan alat-alat perubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan dalam rawatan serta penjagaan pesakit.

 

LOKASI

Unit Farmasi terletak berhadapan dengan Unit Pengurusan manakala Stor Farmasi terletak di belakang Unit Pesakit Luar.


SKOP PERKHIDMATAN

 Farmasi Pesakit Luar & Farmasi Pesakit Dalam

-Membuat persediaan ubat jenis galenikal (losyen dan krim) dan persediaan internal yang mematuhi amalan persediaan baik (Good Manufacturing Practice) untuk kegunaan pesakit serta unit pemesan.

-Memberi kaunseling kepada pesakit secara individu dan berkumpulan tentang cara penggunaan, penyimpanan dan kesan sampingan ubatubatan yang dibekalkan.

- Memastikan stok bekalan ubat-ubatan dan barang-barang lain sentiasa mencukupi supaya tidak berlaku kekurangan stok yang akan menjejaskan kesihatan pelanggan.

-Membekalkan ubat-ubatan ke wad menggunakan sistem “Unit Of Use” dan “Unit Of Dose” serta pembekalan “FLOOR STOCK” dan ubat kecemasan.

-Merancang, melaksana dan memantau penggunaan dan penyalahgunaan ubat-ubatan terutama sekali ubat psikotropik,dadah berbahaya (DD), ubat psikiatrik serta ubat katergori A atau SRQ.

-Menyediakan perkhidmatan “On Call” bagi membekal ubat kecemasan di luar waktu perkhidmatan.

-Membekalkan ubat-ubatan floor stok kepada unit lain seperti pesakit luar, Hemodialisis & Kecemasan. -Memberikan perkhidmatan ‘discharge dispensing’ kepada pesakit discaj di wad.

- Melaksanakan Perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (SPUB) bagi memudahkan pelanggan.

- Memberikan perkhidmatan Pusat Maklumat Ubat (Drug Information Service – DIS ), iaitu memberi maklumbalas berkenaan dengan masalah dan pertanyaan berkaitan ubat-ubatan.

-Membuat Laporan Kesan Advers Ubat (Adverse Drug Reaction, ADR) ke Malaysian Adverse Drug Reaction Committee (MADRAC ) serta membekalkan kad alahan ubat kepada pesakit.

-Memberi perkhidmatan SMS & Ambil, Kad Temujanji dan CBL (come back later) untuk memudahkan pelanggan dan mengurangkan masa menunggu.

-Memberi perkhidmatan Klinikal Farmakokinetik (i.e. Therapeutic Drug Monitoring), di mana sample darah dihantar ke QEH tetapi keputusan dianalisa oleh Pegawai Farmasi Hospital Papar.

-Memberi perkhidmatan MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic) Diabetes, Warfarin dan Berhenti Merokok kepada pesakit.

-Memantau proses pemulangan ubat dari pesakit.

 

STOR FARMASI

- Berfungsi sebagai stor perubatan Hospital Papar dan juga stor integrasi yang mendapatkan bekalan, membekal dan menyimpan stok ubatubatan dan barangan bukan ubat untuk Hospital Papar dan juga klinik-klinik kesihatan dan Klinik Ibu dan Anak yang terdapat di dalam daerah Papar.

-Membuat pesanan ubat dan bukan ubat dari Cawangan Logistik Farmasi Negeri Sabah (CFLN), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd dan Syarikat Jaya Usaha (kontraktor Sabah Oxygen Sdn Bhd) dan syarikat pembekal lain sama ada melalui perolehan APPL,Kontrak atau pembelian terus mengikut prosedur pemesanan yang ditetapkan.

-Memastikan semua ubat dan barangan bukan ubat dikendalikan dan disimpan menurut spesifikasi dan keperluan penyimpanan yang ditetapkan iaitu mematuhi arahan Tatacara Pengurusan Stor.

-Pembahagian jadual tugas stor akan ditetapkan oleh Pegawai Farmasi Stor atau Pegawai Farmasi Y/M Unit Farmasi.

- Menjalankan Prosedur Pelupusan bagi barangan ubat-ubatan, peralatan, “consumables” dan “disposables” item mengikut prosedur dalam Tatacara Pengurusan Stor

Today: 31
Yesterday: 33
This Week: 83
Last Week: 179
This Month: 888
Last Month: 1,143
Total: 15,999
0888