banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Unit Rekod

PENGENALAN 

Unit Rekod Perubatan (URP) diwujudkan sebagai pusat statistik hospital, pengurusan rekod perubatan pesakit, pengurusan laporan perubatan dan pengurusan lembaga perubatan.


OBJEKTIF 

  • Mengurus  rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat.

  • Menyediakan statistik yang tepat.

  • Menyediakan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan


IMG_20220830_140451.jpg


VISI

Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan / Health Information Management System (SMPK/HIMS) dan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan ,mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan.


PIAGAM PELANGGAN UNIT REKOD PERUBATAN

1.  Setiap pelanggan  boleh mendapatkan laporan perubatan dalam masa empat belas (14) hari (Waktu Bekerja) setelah semua dokumen lengkap diterima dan membuat pembayaran yang telah ditetapkan.

 

2.  Menyediakan Rekod Perubatan Pesakit yang dipinjam dalam tempoh 3 hari bekerja.


SKOP PERKHIDMATAN :

1.Pengurusan pengesanan, penerimaan, pengeluaran, penyimpanan, kawalan dan pelupusan ke atas :

2.Rekod Perubatan Pesakit Dalam.

   Rekod Perubatan Pesakit Klinik Pakar.

   Pengurusan Laporan Perubatan.

3. Pengurusan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) ke atas

       3.1 Pesakit Dalam.

       3.2 Pesakit Luar.

       3.3 Rawatan Harian.

       3.4 Perkhidmatan Sokongan.  

4.   Pengurusan Sistem Casemix.

5.  Pengurusan Kluster Papar.

6.  Pengurusan Laporan.

7.  Pengurusan pemantauan dan penyediaan Statistik Hospital.

8.  Pengurusan Aktiviti Kualiti.

9.  Pengurusan Lembaga Perubatan.

10.  Pengurusan SMRP.


WAKTU PERKHIDMATAN 

ISNIN KHAMIS 

8am  - 1pm 

Rehat 1pm - 2pm 

2pm - 5pm 


JUMAAT 

8 am -11.30 am 

Rehat 11.30 am - 2 pm

2pm - 5 pm 


CUTI 

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


Today: 31
Yesterday: 33
This Week: 83
Last Week: 179
This Month: 888
Last Month: 1,143
Total: 15,999
0888