banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Unit Pemulihan Cara Kerja


Pengenalan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang pertama di Malaysia telah dimulakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja Puan Babra T.  di Pusat Kusta, Sungai Buloh pada tahun 1957. Profesion Pemulihan Carakerja telah berkembang dan diperluasmengikut peredaran bidang perubatan.

Pada mulanya, perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini boleh didapati di hospital-hospital besar, kemudian perkhidmatan ini telah berkembang ke hospital daerah, klinik-klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan agensi-agensi swasta yang lain. Pada tahun 2013, jumlah Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja telah meningkat dalam anggaran 1200 orang  seiring dengan keperluan pemulihan dalam bidang perubatan.


Definisi Pemulihan Carakerja

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk  membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap fungsi dan keberkesanan yang optimum  dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial  dan kerohanian. Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  • Penilaian aktiviti seharian

  • Penilaian fizikal

  • Penilaian sensori

  • Penilaian kognitif & persepsi

  • Penilaian pra-sekolah

  • Penilaian kerusi roda

  • Penilaian pra memandu

  • Penilaian kerja / vokasional

  • Penilaian tempat kerja / rumah / sekolah

  • Penilaian perkembangan kanak-kanak

  • Penilaian tingkah laku

  • Latihan dalam aktiviti seharian

  • Splin & ortosis, peralatan serta pengubahsuaian

  • Terapi tingkah laku

  • Latihan kognitif & persepsi

Today: 30
Yesterday: 33
This Week: 82
Last Week: 179
This Month: 887
Last Month: 1,143
Total: 15,998
0887