PENGENALAN
Wad Lelaki adalah sebuah wad untuk pesakit lelaki yang berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai 27 buah katil rasmi, Wad Am menempatkan pesakit Multi Discipline, Perubatan, Surgikal dan Orthopedik dan 8 buah katil untuk 2 buah bilik Pengasingan dikhaskan untuk pesakit TIBI berjangkit diguna sama untuk pesakit lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Wad ini beroperasi 24 jam untuk pesakit dalam.
VISI
Wad Lelaki berazam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan pesakit yang berkesan dan menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti, promosi kesihatan, pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota yang professional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan tanpa mengira bangsa, agama dan status sosio ekonomi.
MISI
i. Menyediakan penjagaan perawatan yang berkualiti dan selamat mengikut Standard Of Procedure.
ii. Menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang tidak boleh dirawat di Jabatan Pesakit Luar agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan yang optimum.
iii. Menghantar anggota untuk menjalani latihan sangkutan, seminar, bengkel dan Diploma Lanjutan agar dapat memperbaiki kualiti penjagaan pesakit.
iv. Menjalinkan hubungan yang baik dan mesra di antara warga hospital, pelanggan dan unit-unit lain serta kerjasama dengan semua jabatan di hospital bagi mencapai matlamat hospital secara keseluruhannya.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan pesakit yang bermutu tinggi dan memenuhi keperluan psikologi, fizikal, sosial dan rohani pesakit untuk mencapai matlamat kesihatan yang optima mengikut kemampuan pesakit dan Standard Of Procedure.
Memberi penjagaan yang konsisten dan berterusan dengan memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan, agama dan status sosio ekonomi.
Menjalinkan hubungan yang baik di antara warga hospital, pelanggan dan unitunit lain serta berkerjasama dengan semua jabatan di hospital bagi mencapai matlamat hospital secara keseluruhannya.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang berkualiti serta beretika dengan menekankan aspek penjagaan holistic, berkualiti dan efektif kepada pesakit dalam.
LOKASI
Wad Lelaki terletak disebelah kanan pintu masuk ke wad dalam, berhadapan dengan Wad Kanak-kanak dan Wad Perempuan.
SKOP PERKHIDMATAN
-Memberi perawatan kejururawatan yang berkualiti kepada pesakit dalam masa 24 jam sehari.
-Memberi rawatan diagnotik, perawatan kejururawatan dan pemulihan kepada pesakit yang tenat.
-Memberi rawatan dibawah disiplin Medical, Surgical, Otopedik, Paliatif dan rawatan untuk penyakit berjangkit berpandukan kepada peraturan/ perawatan penyakit berjangkit.
-Membenarkan penjaga bagi pesakit yang tenat atau memerlukan waris terdekat ada bersama pesakit.
-Membimbing pesakit dan juga keluarga mereka mengenai penjagaan lanjutan pesakit apabila pulang kelak.
-Memberi perkhidmatan kaunseling, promosi kesihatan kepada pesakit/ waris terdekat.
-Pesakit yang tenat dan memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk kepada Pakar bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Queen Elizabeth II atau Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah.
-Pesakit mental akan dirawat di hospital dan bagi kes yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.
-Memastikan peralatan berfungsi dengan baik dan kelengkapan wad mencukupi.
-Memastikan proses kejururawatan dilaksanakan.
-Memastikan semua anggota wad mempraktikan unsur-unsur Perkhidmatan Penyayang.
-Pegawai Perubatan yang dikhaskan akan membuat rondaan wad dan memeriksa pesakit setiap 2 kali sehari.





