PENGENALAN
Wad Kanak-Kanak dan Nurseri mengendalikan rawatan pesakit dalam Hospital Papar (Multidisipline Unit). Wad Kanak-Kanak menempatkan sebanyak 13 katil rasmi. Dikenali sebagai Wad Kanak-Kanak Sahaja.
VISI
Memberi rawatan yang berkesan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika, cekap, penyayang dan professional kepada bayi, kanakkanak, ibubapa serta waris
MISI
Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berkesan secara holistic dengan peralatan yang terkini melalui pembangunan dan kerjaya kejururawatan yang berpengetahuan, professional, penyayang dan semangat kerja berpasukan.
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan diagnosis, perawatan dan pemulihan yang bersesuaian dan berkesan kepada pesakit
2. Memberi perkhidmatan yang selesa dan sama rata dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada
3. Memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti
4. Memastikan pesakit yang discaj dari wad adalah pesakit yang betul dan mendapat rawatan susulan.
5. Memastikan semua kes rujukan ke hospital lain berjalan dengan lancar
6. Memastikan keselamatan pesakit ibu / penjaga semasa berada di wad.
LOKASI
Wad Kanak-Kanak dan Nurseri terletak di sebelah pintu masuk wad dalam dan bersebelahan dengan Wad Perempuan Pada bulan Mac 2020 Wad Kanak-Kanak di tempatkan sementara di sebahagian bangunan wad bersalin disebabkan penstrukturan Wad Dalam dilakukan atas keperluan semasa dalam menghadapi pandemic covid-19
SKOP PERKHIDMATAN
• Memberi rawatan dan perkhidmatan kesihatan kepada kanak-kanak / bayi yang berumur 1 hari hingga 12 tahun
• Memberi perkhidmatan kepada pesakit Talasemia
• Memberi rawatan dan perkhidmatan kepada bayi pramatang
• Memberi pendidikan kesihatan/promosi kesihatan kepada ibubapa/penjaga pesakit
• Mengamalkan polisi penyusuan susu ibu (Hospital Rakan Bayi)
• Pengurusan bayi / Kanak-Kanak yang disyaki atau disahkan positif jangkitan.
WAKTU MELAWAT
Masa Melawat (tiada masa lawatan semasa pandemic, semua pelawat adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam wad)
• Isnin hingga Jumaat 6.00 pagi hingga 7.30 pagi 12.30 tenghari hingga 2.00 petang 4,30 petang hingga 7.30 malam
• Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 12.30 tenghari hingga 7.30 malam
• Hanya seorang penjaga dibenarkan menjaga pesakit
• Pelawat akan diberikan kad pelawat oleh pengawal keselamatan yang bertugas jika datang bukan masa melawat.
• Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat kerasa risiko jangkitan, kecuali kanak-kanak yang tiada penjaga.





