banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

PerutusanPengarah

Dr. Hj. Samsul Bin Tuah @ Ag. Tuah
Dr. Hj. Samsul Bin Tuah @ Ag. TuahPengarah Hospital Papar
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera… 
Salam Hospital Papar Maju Bersama… 
“Hospital Papar komited untuk menyediakan penjagaan perubatan yang selamat dan boleh dipercayai berdasarkan tiga prinsip asas yang berkaitan dengan misinya sebagai sebuah hospital yang diiktiraf dari segi kualiti dan keselamatan perkhidmatan: 
(1) Menyediakan penjagaan perubatan yang selamat dan berkualiti tinggi, dan Hospital yang mengutamakan pesakit melalui penerapan budaya korporat dan penghayatan nilai-nilai murni serta mewujudkan persekitaran yang kondusif;
 (2) Memberi sumbangan kepada masyarakat melalui pembangunan dan amalan rawatan baharu yang mematuhi piawaian; dan
 (3) Memupuk profesional perubatan dengan semangat misi, tanggungjawab serta melaksanakan sistem pemantauan yang berterusan” 
Di samping memenuhi standard dan piawaian kesihatan terkini, Hospital Papar sedang meneruskan penyediaan kemudahan dan peralatan serta pengemaskinian organisasi. Penambahbaikan kemudahan pertama kami ialah pembukaan dewan bedah baru dan perkhidmatan Hemodialysis pada tahun 2019, diikuti dengan naik taraf bangunan yang sedang dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan fungsi hospital diteruskan. Bangunan baru ini dijangka siap pada tahun 2024 dan akan menambah bilangan katil pesakit sedia ada kepada 161 buah katil. 
Halatuju Hospital Papar adalah menjadi sebuah hospital yang dapat menyediakan perkhidmatan kepakaran asas melalui program hospital kluster pada masa kini dan akan terus berkembang ke arah Hospital Pakar Minor dengan menyasarkan 10 kepakaran asas bagi memenuhi keperluan masyarakat di daerah Papar dan sekitarnya dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Today: 33
Yesterday: 33
This Week: 85
Last Week: 179
This Month: 890
Last Month: 1,143
Total: 16,001
0890