banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Tanggungjawab Pesakit


Bagi memastikan penjagaan kesihatan dan perawatan dapat diberikan dengan berkesan, pesakit adalah bertanggungjawab untuk :-

  1. Memberikan kerjasama kepada pihak hospital semasa rawatan diberikan.

  2. Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang sejarah lampau yang berkaitan dengan kesihatannya, sejarah rawatan termasuk sebarang jenis pembedahan, sejarah kesihatan keluarga, sejarah pengambilan ubat dan sejarah sosialnya.

  3. Pesakit / keluarga pesakit perlu memastikan bahawa dirinya memahami setiap penerangan yang diberikan pegawai perubatan / wakil pegawai perubatan, berkaitan dengan prosedur-prosedur rawatan yang akan dijalankan ke atas dirinya .

  4. Pesakit / keluarga pesakit perlu bersedia untuk menerima semua 'risiko kemungkinan' yang mungkin terjadi daripada keputusan diambil oleh dirinya atau keluarga / waris yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit.

  5. Pesakit / keluarga bertanggungjawab menjelaskan semua kos rawatan yang dikenakan oleh hospital.

  6. Pesakit perlu menepati setiap temujanji.sekiranya ada masalah , pesakit perlu memaklumkan awal agar temujanji baru dapat diaturkan .

  7. Tidak menyalahgunakan fasiliti / kemudahan awam yang terdapat di hospital Papar.

  8. Menjaga tatasusila diri agar tidak menganggu keselesaan dan hak-hak pesakit lain .

  9. Menerima pakai langkah-langkah pencegahan umum (Universal precaution ) mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan malaysia.

  10. Pesakit / Keluarga / Waris , haruslah mematuhi masa melawat yang telah ditetapkan oleh pihak hospital Papar.

Today: 31
Yesterday: 33
This Week: 83
Last Week: 179
This Month: 888
Last Month: 1,143
Total: 15,999
0888