PENGENALAN
-
Unit Kecemasan & Trauma dilihat sebagai barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan perubatan kritikal yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Merupakan antara pintu masuk utama Hospital selain Unit Pesakit Luar dan perkhidmatan Obsetrik & ginekologi terletak dihadapan laluan masuk utama, berhadapan dengan Unit Patologi. Beroperasi 24 jam untuk mengendalikan kes-kes kecemasan dan kes berkaitan.
-
Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes kritikal, semi kritikal & tidak kritikal dan sentiasa bersedia bagi mengendalikan operasi bencana.
-
Fungsi lain Unit Kecemasan dan Trauma adalah dalam mengendalikan peranan pengurusan kes seperti :
-
Major Trauma.
-
Pesakit Pediatrik.
-
Pesakit Mental.
-
Mangsa keganasan domestik dan serangan seksual.
-
Penyakit berjangkit (Contagious patients).
-
Mangsa kejadian biohazard seperti kimia, biological dan radiological.
-
Pesakit dibawah tahanan yang dibawa untuk rawatan.
-
Pra-hospital.
-
Pasukan liputan perubatan bersedia (Medical Team Standby).
-
Visi
Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang menyeluruh selari dengan kemajuan semasa.
Misi
Memberikan perkhidmatan kecemasan dengan cekap dan tepat yang dianggotai oleh Pegawai Perubatan dan Kumpulan Sokongan yang terlatih dan mahir dalam bidangnya.
OBJEKTIF JABATAN KECEMASAN
Objektif Umum
Menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap, pantas dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan, supaya rawatan awal ini dapat membantu dalam pemulihan awal, mengurangkan kesakitan dan komplikasi.
Objektif Khusus
Memberi Perkhidmatan serta merta bagi kes kritikal (Kod triaj Merah), perkhidmatan dalam tempoh 30 minit bagi kes semi kritikal (Kod triaj Kuning), makala memberi perkhidmatan perawatan kes tidak kritikal dalam tempoh 90 minit atau setelah kes kritikal selesai diberikan rawatan.
SKOP PERKHIDMATAN
-
Perkhidmatan Pre-Hospital (Pre-Hospital care).
-
Perkhidmatan Ambulans Kecemasan: memberikan perkhidmatan pasukan Ambulans bagi penduduk setempat yang memerlukan.
-
Bertindak menjadi penghubung bagi pusat panggilan (MECC/Call Centre) bagi menggerakkan perkhidmatan ambulans di klinik-klinik komuniti sekitar Daerah Papar dan daerah berdekatan di mana Hospital Papar merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan rawatan perubatan.
-
Menyediakan perkhidmatan ambulan bagi kes-kes rujukan ke Hospital rujukan,interfasiliti dan intrafasiliti.
-
Liputan Pasukan Perubatan Bersedia (Medical team standby).
2.Perkhidmatan Rawatan Pesakit (Hospital Care).
-
Perkhidmatan Triage.
-
Perawatan dan penjagaan kecemasan.
-
Pemantauan perubatan - bagi kes yang sudah stabil namun memerlukan pemantauan sehingga ada keputusan daripada Pegawai Perubatan.
3.Pengurusan Bencana.
-
Menyediakan Pasukan Perubatan yang bertindak menilai skala kejadian bencana, dan memberikan rawatan awal di tempat kejadian.
-
Memberikan nasihat dan input bagi mengaktifkan Pelan Tindakan Bencana peringkat hospital.
-
Menjadi penggerak utama dalam merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan rawatan bagi mangsa bencana sekiranya berlaku.
4.Perkhidmatan lain.
-
Menjalankan pemeriksaan dan rawatan bagi tahanan polis.
-
Menguruskan One Stop Crisis Centre.
-
Menguruskan perkhidmatan ‘code blue’
-
Menjadi penghubung kepada unit forensik bagi kes-kes post-mortem dan yang melibatkan perundangan.
-
Memberikan perkhidmatan khidmat latihan untuk Pelatih Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pelatih Pegawai Perubatan.
-
Menyediakan kemudahan Bilik Bedah Kecil bagi perkhidmatan pembedahan yang ringan.
-
Pesakit luar selepas waktu perjabat.
-
Menyaring dan menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kes-kes yang perlu di isolasi.





