banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Unit Fisioterapi


PENGENALAN

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Papar memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah kuratif, rehabilitatif, promotif dan pencegahan untuk membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara kuratif dan rehabilitatif, prosedur yang digunapakai terdiri daripada proses menilai serta menganalisis pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan rawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan pencegahan, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.

Untuk mencapai matlamatnya, Perkhidmatan Fisioterapi bekerjasama atau saling berhubung dengan pelbagai unit dan jabatan lain sebagai satu pasukan.

 

ORGANISASI DAN PENGURUSAN

Perkhidmatan Fisioterapi menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan pemulihan fizikal dan sensori serta pemulihan lain yang berkaitan dengan piawaian “standard of practices”.

 

MISI

 

  • Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan kos efektif serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.

  • Melahirkan kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa.

  • Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.

  • Menwujudkan suasana dan mekanisma untuk mewujudkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Mengadakan latihan berterusan agar perkhidmatan yang disampaikan adalah terkini mengikut perubahan rawatan semasa.  

 

OBJEKTIF

 

  • Menyediakan kemudahan, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.

  • Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang menyeluruh, dan cekap dengan melahirkan ahli Fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan bukti bukti (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.

  • Memberi perkhidmatan yang berkesan berasaskan EBP.

  • Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.

  • Memberi perkhidmatan yang mesra-pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni dengan Budaya Korporat KKM.


Today: 32
Yesterday: 33
This Week: 84
Last Week: 179
This Month: 889
Last Month: 1,143
Total: 16,000
0889