banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Unit Kualiti


1.0 LATARBELAKANG UNIT KUALITI

Unit Kualiti Hospital Papar mula diwujudkan secara rasminya pada 1.3.2005. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil (35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan berfungsi sebagai sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital yang dijalankan di hospital ini.

 

Pada awal penubuhan, bilangan anggota Unit Kualiti adalah seramai 3 orang iaitu seorang Jururawat Terlatih, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang KetuaJururawat yang turut menjaga Unit Kejururawatan. Unit kualiti terletak berdekatan dengan bilik Mesyuarat Hospital Papar. Unit Kualiti kemudiannya dipindahkan ke kawasan bangunan pesakit luar berdekatan dengan Unit Kejururawatan pada tahun 2005. Pada 2018 unit kualiti telah berpindah ke bangunan lama CSSU sehingga kini.

 

Pengarah Hospital dan Unit Kualiti telah mengenalpasti kesemua Program Kualiti KKM untuk dilaksanakan di Hospital Papar. Sebanyak 45 Program Kualiti diwujudkan dibawah jawatankuasa pemandu kualiti dan seramai 45 penyelaras telah dipilih. Pada 2016 aktiviti kualiti telah dikurangkan kepada 44 program kualiti dan seramai 44 penyelaras telah dipilih dibawah jawatankuasa pemandu kualiti Hospital Papar 2016.

 

Kualiti (Q) adalah satu elemen yang sangat penting dalam organisasi Hospital Papar terutamanya bagi mencapai pengiktirafan seperti Akreditasi, MS ISO dan sebagainya. Kualiti juga sebagai satu alat pengukur untuk melihat keberkesanan perkhidmatan yang diberikan di hospital ini.

 

Dengan wujudnya unit ini, ia dapat mempertingkatkan lagi akitiviti kualiti yang akan dilaksanakan di peringkat Hospital Papar, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah seterusnya Kementerian Kesihatan Malaysia.Unit ini berfungsi sebagai unit perancang aktiviti kualiti hospital serta sebagai unit rujukan di hospital seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada 2019 aktiviti kualiti hospital telah ditambah kepada 50 program kualiti hospital dan seramai 50 penyelaras telah dilantik dibawah jawatankuasa pemandu kualiti Hospital Papar pada 2019 sehingga sekarang 2021. Sehingga kini bilangan anggota Unit Kualiti adalah seramai 2 orang iaitu seorang Ketua Jururawat dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang dikongsi bersama Unit Penolong Pegawai Perubatan.



2.0 OBJEKTIF UNIT KUALITI

 

1. Menjadi unit penyelaras atau urusetia untuk pengumpulan data Hospital Perfofmance Indicator Accountability (HPIA) untuk dianalisis dan menyediakan laporan seperti yang telah ditetapkan oleh JKN Sabah dan KKM. Kekurangan dalam kualiti (SIQ) perlu dibuat siasatan untuk mengenal pasti punca dan membuat tindakan penambahbaikan. Menjalankan penilaian audit dalam untuk Hospital Perfofmance Indicator Accountability (HPIA) agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti mengikut saranan KKM.

 

2. Bertanggungjawab memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PKN,Timbalan PKN dan Pengarah Hospital serta Jabatan atau Skim yang berkaitan dengan Hospital Papar agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti mengikut saranan KKM.

 

3. unit penyelaras untuk memastikan dan memantau Menjadi semua aktiviti peningkatan kualiti hospital (Jawatankuasa Pemandu Kualiti Hospital) yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti Hospital dijalankan dengan sempurna agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti sesuai dengan objektif dan visi yang telah ditetapkan oleh Hospital Papar, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

3.0 LAWATAN

Visi Unit Kualiti Hospital Papar (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) Negara menggelembing tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

 

4.0 MISI

Unit Misi Kualiti Hospital Papar adalah untuk berusaha bersama-sama semua warga kerja Hospital Papar sentiasa mengamalkan sistem kerja yang berkualiti.  


5.0 SKOP PERKHIDMATAN UNIT KUALITI.

 

Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-

1. Sebagai urusetia untuk pengumpulan data Hospital Perfofmance Indicator Accountability (HPIA) untuk analisis dan menyediakan laporan seperti yang telah ditetapkan oleh JKN Sabah dan KKM. Kekurangan dalam kualiti (SIQ) perlu dibuat siasatan untuk mengenal pasti punca dan membuat tindakan penambahbaikan. Menjalankan penilaian audit dalam untuk Hospital Perfofmance Indicator Accountability (HPIA).

 

2. Bertanggungjawab memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PKN,Timbalan PKN dan Pengarah Hospital serta Jabatan atau Skim yang berkaitan dengan Hospital Papar.

 

3. Menyelia dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti hospital atau Jawatankuasa Pemandu Kualiti Hospital bagi hospital Papar. Penyelaras dilantik mengikut aktiviti dan unit bertugas.

 

4. Bekerjasama dengan semua penyelaras aktiviti peningkatan kualiti yang telah dilantik oleh Pengarah Hospital bagi mencapai objektif Jabatan dalam melaksanakan aktiviti peningkatan kualiti di Hospital yang telah ditetapkan.

 

5. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.

 

6. Memastikan mesyuarat dan semua aktiviti peningkatan kualiti di Hospital serta urusan berkaitan pengauditan dilaksanakan mengikut takwim yang telah dirancang dan ditetapkan.

 

7. Memastikan semua laporan pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

 

8. Bekerjasama dengan semua unit/wad di hospital ini bagi memastikan objektif kualiti hospital dapat dilaksanakan dan dikekalkan dengan berterusan.

 

9. Merancang dan melatih anggota hospital dalam melaksanakan aktiviti kualiti hospital.

 

10.Mengumpul semua aktiviti tahunan seperti laporan, mesyuarat, kursus dan audit yang dilaksanakan oleh penyelaras yang dilantik untuk aktiviti peningkatan kualiti hospital.

 

11. Lain-lain tugas yang diarahkan berkaitan dengan kualiti Hospital.  


6.0 UNIT OPERASI POLISI KUALITI

 

1. Sebagai sekateriat untuk pengumpulan data Hospital Perfofmance Indicator Accountability (HPIA) untuk dianalisis dan menyediakan laporan seperti yang telah ditetapkan oleh JKN Sabah dan KKM. Kekurangan dalam kualiti (SIQ) perlu dibuat siasatan untuk mengenal pasti punca dan membuat tindakan penambahbaikan.


2. Bertanggungjawab memantau Key Perfofmance Indicator (KPI) Pengarah Hospital dan Jabatan atau Skim yang berkaitan dengan Hospital Papar.


3. Menyelia dan memantau aktiviti peningkatan kualiti hospital secara berterusan.


4. Memberi maklumbalas kepada Pengarah Hospital melalui sesi perbincangan dan laporan.


5. Memantau dan menilai keberkesanan aktiviti peningkatan kualiti hospital yang dilaksanakan.


6. Membantu penyelaras aktiviti peningkatan kualiti peringkat hospital yang dilantik dibawah kawalan Pengarah Hospital Papar dan Unit Kualiti JKN Sabah.

 

7.0 OPERASI WAKTU


Unit Kualiti beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti lepasan am.


Waktu Operasi:

Hari Isnin hingga Khamis

7.30 pagi hingga 1.00 petang

2.00 petang hingga 4.30 petang


Hari Jumaat

7.30 pagi hingga 11.30 pagi

2.00 petang hingga 4.30 petang.



Today: 34
Yesterday: 33
This Week: 86
Last Week: 179
This Month: 891
Last Month: 1,143
Total: 16,002
0891