Pendahuluan
Unit Pengimejan Diagnostik (UPD) merupakan salah satu unit sokongan klinikal. Perkhidmatan yang diberikan meliputi radiologi diagnostik.
Objektif unit
-
Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
-
Menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.
-
Menyediakan perkembangan professional berterusan kepada semua kategori anggota.
-
Mangamalkan budaya korporat.Melaksana dan menggalakkan penyelidikan ke arah kecemerlangan perkhidmatan.
Polisi Perlindungan Sinaran
1. Permohonan pemeriksaan x-ray hendaklah dibuat dan disahkan oleh Pegawai Perubatan
2. Perlindungan radiasi akan diberikan pada tahap yang maksima untuk semua jenis pemeriksaan x-ray.
3. Prinsip ALARA ( As Low As Reasonable Achievable ) akan sentiasa diamalkan bagi menghasilkan imej yang berkualiti walaupun hanya dengan dedahan x-ray yang paling maksima.
4. Pemeriksaan x-ray ke atas pesakit yang mengandung atau disyaki mengandung mestilah dielakkan untuk tujuan perawatannya. Jika pemeriksaan x-ray terpaksa dilakukan, langkah-langkah perlindungan radiasi yang maksimum/ketat diberikan kepada pesakit.
5. Papan tanda yang mengarahkan pesakit bagi memaklumkan kepada Pegawai Perubatan atau Juru X-ray sekiranya mengandung atau disyaki mengandung akan dipamerkan pada setiap lokasi strategik.
6. Bagi pemeriksaan x-ray dada rangka kepala, projeksi Posterio-Anterior (PA) akan lebih diutamakan berbanding projeksi Anterio-Posterior (AP) bagi mengurangkan dos radiasi yang akan terkena pada mata dan kalenjar tiroid pesakit.
7. Jika pesakit yang akan menjalani pemeriksaan x-ray adalah tidak terdaya atau pesakit kanak-kanak, sebelum dedahan x-ray dibuat mereka perlu ditemani oleh kaum keluarga atau rakan dan bukannya kakitangan perubatan. Jika tiada kaum keluarga atau rakan, dedahan x-ray boleh dilakukan dengan ditemani oleh kakitangan perubatan yang paling kurang kekerapannya menemani pesakit semasa dedahan x-ray dilakukan.





