banner big PhotoRoom.png PhotoRoom.png1

malaysiamadani

Lirik Lagu: Kami Sedia MembantuSihat Sejahtera

Kami Sedia Membantu

Bangsa Yang Sihat Aset Negara,
Kualiti Hidup Dipelihara,
Berpasukan Berganding Tangan,
Pertingkatkan Taraf Kesihatan.

Secara Profesional, Khidmat Diberi,
Kecemerlangan, Matlamat Kami,
Di Mana Pun Jua, Di Setiap Waktu,
Kami Sedia Membantu.

Kami Penyayang Pada Semua,
Bagi Kami Tiada Beza,
Bertanggungjawab Amalan Kita,
Kesihatan Dan Maruah Dijaga.

Sihat Sejahtera

Salam Diberi Senyuman Diukir,
Tanpa Membeza Miskin dan Kaya,
Dapat Khidmat Anggota Yang Mahir,
Layanan Mesra Di Mana Sahaja.

Khidmat Cemerlang Penuh Kemesraan,
Sentiasa Prihatin Kehendak Pelanggan,
Berdisiplin Tinggi, Iringi Kesopanan,
Nilai-Nilai Mulia Jadi Pegangan.

Kebajikan Pelanggan Paling Utama,
Kami Hayati Dan Amalkan Bersama,
Kesihatan Abadi Semua Manusia,
Wawasan Kita Untuk Malaysia.

Sihat Sejahtera, Rakyat Bahagia,
Hidup Sempurna, Negara Berjaya.

Today: 198
Yesterday: 156
This Week: 354
Last Week: 315
This Month: 669
Last Month: 1,490
Total: 19,712
0669