Hospital Queen Elizabeth II

Wad Neurosurgeri

PENGENALAN


Wad Neurosurgeri mula beroperasi dihospital queen elizabeth 2 pada 12 disember 2011.Pada mulanya,wad ini terletak diaras 7 dikenali sebagai wad kenanga 7D dan mempunyai 27 buah katil yang beroperasi penuh.

Pada tahun ini 2017,tanggal 10 April 2017,wad neurosurgeri telah berpindah kearas 6 kini berada di wad 6B (neurosurgeri),selepas sahaja unit neurosurgeri HQE berpindah dan mula beroperasi.Hanya 8 buah kati yang beroperasi penuh setakat ini.
Wad neurosurgeri menerima kemasukan pesakit yang dirujuk daripada seluruh Hospital Negeri Sabah,Lawas dan Labuan.

Wad neurosurgeri merawat pesakit yang akan menjalani pembedahan,selepas pembedahan,rehabilitasi awal sebelum mereka dibenarkan pulang,dilanjutkan ke rehabilitasi wad,atau dipindahkan ke Hospital yang merujuk.

Kes-kes utama yang selalu dirujuk adalah kecederaan dan pendarahan otak yang disebabkan oleh (mva,fall,assaulted,industrial injury),pendarahan saraf otak dengan kes (cerebral aneurysm,basal ganglia bleed)transphenoidal surgeri,serta spinal kes.

VISI DAN MISI


VISI 

• Wad neurosurgeri akan menjadi satu tempat yang memberi perawatan dan penjagaan otak serta saraf yang berkualiti dan komprehensif selain latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggot-anggota yang professional,cekap dan penyayang dengan menekankan maruah insan.

MISI 

• Merealisasikan visi wad neurosurgeri untuk menjadi satu tempat latihan,perawatan dan penjagaan otak dan saraf yang cemerlang dengan mengamalkan sikap profesionalisma,penyayang dan kerja berpasukan.
 
 
 
 
 

 

OBJEKTIF


OBJEKTIF UMUM

Membantu seseorang individu supaya mencapai dan meninggikan taraf kesihatan supaya membolehkannya menjalani kehidupan yang sihat dan produktif dengan memberi perkhidmatan yang bercorak penggalak,pencegahan,perawatan dan pemulihan optimum.

OBJEKTIF KUALITI

1.Mild head injury case fatality rate (GCS of 14-15) with standard <5%.

2.Percentage of patient with wound infection following clean elective neurosurgerywith standard <8%.
PIAGAM PELANGGAN

1.Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra,bertimbangrasa,hormat dan     bersopan santun.

2.Pesakit akan ditempatkan keatas katil dalam masa 5 minit

3.Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 30 minit.

4.Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

5.Pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut semasa discaj:-

• Maklumat temujanji

• Preskripsi ubat

• Surat rujukan kepada pakar,pegawai perubatan kepada klinik/hospital yang dirujuk

• Nasihat
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2023 Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs