Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Mesra Ibadah

Image
Latar Belakang

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu konsep yang hendak digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.

Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Pihak pengurusan perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam mewujudkan kesedaran tersebut dan secara aktif bagi memudahkan pesakit beribadah.

Visi

Mewujudkan sebuah hospital yang mengutamakan nilai-nilai murni dengan perkhidmatan yang profesional berdasarkan prinsip-prinsip Islam

Misi
  • Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai melalui aktiviti-aktiviti kesihatan dan ibadah
  • Memberikan penekanan penjagaan dan rawatan kesihatan berkonsepkan hospital mesra ibadah
Infrastruktur
  • Surau / Bilik Solat setiap wad dan aras
  • Bilik pesakit perempuan dan pesakit lelaki diasingkan
  • Arah Qiblat di setiap bilik dan wad
  • Ruangan sudut solat setiap bilik dan wad disediakan telekung, kain sembahyang, sejadah, Quran dan tasbih
PERANAN JURURAWAT MUSLIM
  • Merupakan petugas kesihatan hospital yang paling ramai
  • Berinteraksi 24 jam dengan pesakit
  • Melakukan prosedur kepada pesakit
  • Apakah peranan jururawat muslim secara holistik telah dilaksanakan?
    Penjagaan Kejururawatan Secara Holistik
  • Fizikal
  • Psikologi
  • Mental
  • Spiritual
  • Penjagaan perawatan secara holistik dengan menerapkan nilai-nilai Islam dalam profesyen asas kejururawatan
  • Kerja sebagai ibadah dengan mengamalkan “7 Amalan Terbaik Kerja Harian”
  • Orientasi pesakit dengan menunjukkan arah Qiblat kepada pesakit
  • Ases keupayaan pesakit dari sudut fizikal, mental, psikologikal dan spiritual **Borang Peringatan Solat
  • Memastikan fasiliti ibadah disediakan memudahkan pesakit
    ** Kit Solat (Botol Spray, Debu Tayamum, Sejadah, Buku Panduan Ibadah)
  • Pesakit berdaya hanya perlu diingatkan waktu solat
  • Pesakit yang tidak berdaya perlu dibantu mengambil wudhu/tayammum/solat jamak
  • Bacaan Doa sebelum penyerahan tugas setiap syif , menyediakan laporan pertukaran syif keupayaan pesakit beribadah, laporan kepada doktor dan laporan kepada pegawai agama
  • Mohon keizinan dan beri penjelasan kepada pesakit sebelum memulakan prosedur
  • Mulakan dengan “Bismillah” dan sudahi dengan “Alhamdulillah” atau “Insya Allah”
  • Jururawat jantina yang sama dengan pesakit ketika menjalankan prsedur / ‘chaperon’
  • Beri privasi dan sentiasa menjaga aurat pesakit
  • Mengingatkan pesakit agar melaksanakan Solat Jama’ sebelum prosedur yang lama
  • Menyediakan Pakaian Dewan Bedah yang sesuai dan menjaga aurat
  • Bacaan doa sebelum pesakit ke Dewan Bedah
  • Mengingatkan pesakit agar mengucapkan kalimah “Syahadah” sebelum memberikan sedatif / LA/GA
Peranan Jururawat Muslim berhadapan pesakit nazak
  • Bantu bersolat mengikut keupayaan pesakit
  • Sentiasa ingatkan kalimah syahadah
  • Perdengarkan bacaan al-Quran (CD/kaset)
  • Bacaan Surah Yaasin (PA sistem / TV)
  • Pegawai Agama sebagai pembimbing
  • Semasa Resusitasi – ahli keluarga digalakkan atau jururawat membantu mengajar ‘kalimah syahadah’
Peranan Jururawat Muslim sekiranya berhadapan pesakit yang meninggal dunia
  • Jika sudah meninggal, hadapkan dada jenazah ke Qiblat. Tinggikan kepala dengan bantal
  • Bacaan Surah Yaasin (PA sistem / TV)
  • Percepatkan urusan membawa jenazah pulang
  • Lawatan ke rumah arwah
  • Menghantar surat takziah dan sumbangan
PERANAN PEGAWAI AGAMA DAN AKTIVITI HOSPITAL MESRA IBADAH
  • Memberi bimbingan dan nasihat agama kepada pesakit
  • Membantu pesakit mengambil wudhu / tayammum
  • Penerapan nilai-nilai islam kepada jururawat muslim dari aspek Sahsiah diri seperti kewajipan solat diambil ringan, niat bekerja dan akhlak yang mencerminkan tidak memahami kerja sebagai ibadah serta disiplin yang lemah, Sikap yang tidak memberi keutamaan kepada misi, visi, dan matlamat penubuhan, Tidak memamtuhi SOP serta ”comfortable zone”, Kurang ilmu pengetahuan dan tiada keyakinan, Kemahiran / skil dari sudut tidak mahir membantu pesakit beribadah, tidak bijak merancang dalam pembahagian tugas yang mana lebih utama.
  • Memberi galakan untuk melaksanakan solat Jama’ kepada pesakit 
  • Mengadakan program kerohanian 
  • Memastikan bayi-bayi yang baru lahir diazan dan diiqamatkan 
  • Menguruskan kematian 
  • Membaca Doa Pagi dan Azan ketika masuk waktu solat melalui PA Sistem / TV
  • Menganjurkan program pemantapan kepada jururawat muslim seperti:
    • Program Profesional untuk pembangunan akal seperti CNE,CME, kemahiran klinikal
    • Program Spiritual untuk pembangunan hati seperti usrah, tazkirah/kuliah/ceramah, kelas tajwid dan Al-Quran
    • Program Bengkel Ibadah kepada jururawat baru semasa orientasi
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs