Logo Terkini HQE II

Penggunaan jata di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada pemakaian Jata Persekutuan sebagai logo rasmi, mengikut arahan seperti Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil. 3 Tahun 2021. Jata ini digunakan dalam urusan rasmi KKM dan jabatannya, mengikut garis panduan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2022, di mana penggunaannya terhad kepada kementerian dan pegawai kerajaan Persekutuan, dan sebarang penggunaan tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang
Logo HQE II Terdahulu
Latar Belakang Putih
- Melambangkan keprihatinan, profesionalisme dan kerja berpasukan anggota Hospital Queen Elizabeth II.
Jalur Bulan Sabit Merah
- Melambangkan bendera Malaysia dan Hospital Queen Elizabeth II sebagai sebuah institusi perubatan.
Warna Kuning
- Melambangkan kecekalan dan disiplin anggota Hospital Queen Elizabeth II dalam perkhidmatan perubatan.

Gunung Kinabalu Bentuk Nadi
- Melambangkan Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Rawatan Jantung yang terletak di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.
Warna Merah
- Melambangkan kecemerlangan dan kewibawaan anggota Hospital Queen Elizabeth II dalam perkhidmatan.
Warna Biru
- Melambangkan perpaduan dan kerjasama antara semua anggota perubatan dalam perkhidmatan.
Moto "Kami Sedia Membantu"
- Merupakan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.
