Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik

PENGENALAN

Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia telah berjaya dilakukan pada tahun 60-an di Kuala Lumpur. Sejurus dengan perkembangan dalam bidang ini, Hospital Queen Elizabeth II merupakan hospital yang ke-5 dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang dapat membekalkan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik.

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hospital Queen Elizabeth II terdiri daripada 5 komponen asas, iaitu Klinik Kardiotorasik, Wad Kardiotorasik (CTW), Dewan Bedah Kardiotorasik (COT), Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) dan Unit HDU Kardiotorasik. Kelima-lima komponen ini perlu untuk memastikan perkhidmatan yang efisien. Sejak bermulanya perkhidmatan ini iaitu dari bulan Ogos 2010, jabatan ini telah berjaya menjalankan pelbagai jenis pembedahan jantung dan torasik. Hospital Queen Elizabeth II juga merupakan pusat rujukan ‘tertiari’, dan menerima semua kes-kes rujukan dari semua hospital-hospital daerah di negeri Sabah, Utara Sarawak (Hospital Lawas dan Limbang) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga bulan Disember 2022, jabatan ini diketuai oleh seorang pakar perunding pembedahan kardiotorasik selaku ketua jabatan, dibantui oleh 14 orang pegawai perubatan. Unit kejururawatan terdiri daripada 2 orang penyelia jururawat dan 4 orang ketua jururawat.

VISI

Akan menjadi pusat pembedahan kardiotorasik yang terulung dari segala aspek perkhidmatan, perubatan dan pembedahan kardiotorasik di Borneo, Filipina, Indonesia dan kawasan-kawasan sekeliling.

 

MISI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan pembedahan kardiotorasik dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa untuk warga negeri Sabah dan utara Sarawak.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang selamat dan efisien, termasuk penilaian pra-pembedahan, penyediaan pesakit untuk pembedahan dan perlaksaan pembedahan.

Memberikan peruntukan penjagaan wad rawatan rapi kardiotorasik kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan

Menyediakan peruntukan rawatan susulan dan rehabilitasi
Menyediakan perkhidmatan latihan kepada pegawai perubatan dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia

Menjadi pusat pengajaran kardiotorasik dan latihan pakar bedah kardiotorasik yang diiktirafkan sebagai ‘National’ dan ‘International Center’

Menjadi sebuah pusat yang menjalankan peranan yang aktif dalam penyelidikan bidang pembedahan kardiotorasi

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Semua pelanggan akan dilayan dengan mesra, ikhlas dan secara profesional

  2. Memberi perkhidmatan yang sama rata kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, agama dan tahap sosioekonomi

  3. Menyediakan kaunseling kepada pesakit mengenai perkembangan terkini, rawatan yang boleh diberi, risiko-risiko berkenaan dan juga rawatan alternatif yang ada

  4. Menghormati and melindungi hak peribadi dan juga maklumat sulit pesakit

FUNGSI UTAMA  

  • Pembedahan Jantung

  • CABG (pintasan saluran darah jantung), Pembedahan  Injap, Pembedahan Penyakit Jantung Kongenital, RF Ablation Surgery, Vaskular

  • Pembedahan Torasik

  • Pembedahan paru-paru, Pleura, Mediastinum, Bronkoskopi, VATS, Esofagus

  • Perkhidmatan rawatan rapi (Intensive Care Services)

  • Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar

  • Perkhidmatan Kecemasan Kardiotorasik 

  • Perkhidmatan Latihan Lanjut Bidang Pembedahan Kardiotorasik

LOKASI WAD-WAD DAN FASILITI

Tingkat 7

  • Unit HDU Kardiotorasik (CTHDU)
  • Wad Kardiotorasik (CTW)

Tingkat 8

  • Dewan Bedah Kardiotorasik (COT)
  • Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU)
  • Klinik Kardiotorasik (CTC)
    • Hari konsultasi adalah dari setiap hari Isnin hingga Khamis, dari jam 8 pagi hingga 1 petang kecuali cuti umum
 
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs