Bahagian Sokongan Klinikal
- Jabatan Farmasi
- Jabatan Perubatan Transfusi
- Jabatan Patologi
- Jabatan Kerja Sosial Perubatan
- Jabatan Radiologi
- Jabatan Rekod Perubatan
- Unit Kejururawatan
- Unit Kualiti
- Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)
- Unit Fisioterapi
- Unit Hemodialisis (HDU)
- Unit Penolong Pegawai Perubatan
- Unit Dietetik & Sajian (UDS)
- Unit Rehabilitasi
- Unit Kawalan Infeksi
- Unit Kejuruteraan
- Unit Kesihatan Awam
- Unit Promosi Kesihatan
- Unit Psikologi Kaunseling
- Unit Pemulihan Carakerja
- Unit Penjagaan Luka & Stoma
- Unit Pengangkutan & Ambulan
- Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Unit Klinik Anggota
- Memastikan bekalan farmaseutikal dan alat-alat perubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan dalam rawatan serta penjagaan pesakit.
- Memberi perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.
PERKHIDMATAN JABATAN FARMASI
Jabatan Farmasi HQE II menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
- Pembekalan ubat kepada pesakit-pesakit dari klinik-klinik, Jabatan Kecemasan dan Wad-wad/ Unit-unit di HQE II
- Pembekalan ubat kepada pesakit luar “Nilai Tambah”
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
- SMS & Ambil
- Farmasi Pandu Lalu di UTC
- Perkhidmatan Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
- Ubat Melalui Pos (UMP)
- Kaunseling Ubat-ubatan kepada pesakit luar dan dalam
- Pemberian maklumat ubat
- Pemantauan ubat yang memerlukan analisa farmakokinetik, kesan advers ubat dan alahan pesakit
- Persediaan ubat-ubat steril dan bukan steril untuk kegunaan pesakit di HQE II dan hospital lain di negeri Sabah
- Pembungkusan semula ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit
- Perkhidmatan farmasi dalam wad (klinikal)
- Perolehan dan bekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan/ pembedahan pakaibuang untuk kegunaan pesakit di HQE II
- Perkhidmatan “Medication Therapy Adherence Clinic” oleh Pegawai Farmasi yang terlatih. MTAC sedia da (terkini sehingga April 2018 adalah MTAC Antikoagulasi, MTAC Heart Failure dan MTAC Diabetes Mellitus (DMTAC).
- Latihan untuk Provisionally Registered Pharmacists (PRP) dan MTAC Antikoagulasi & DMTAC

|
MTAC |
Hari |
Masa |
|
Warfarin |
Rabu |
1:00 petang – 5:00 petang |
|
Heart Failure |
Jumaat |
9:00 pagi – 5:00 petang |
|
Diabetes Mellituus |
Isnin |
9:00 pagi – 1:00 petang |
WAKTU OPERASI JABATAN FARMASI
|
Unit
|
Masa Operasi
|
|
Farmasi Pesakit Luar
|
7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) 10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
|
Farmasi Pesakit Dalam |
7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) 10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
|
Farmasi Satelit |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
|
Farmasi Logistik |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
|
Farmasi Pengeluaran Bukan Steril / Galenikal |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
|
Farmasi Pengeluaran Steril |
8:00 pagi - 5:00 petang (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) Bertugas ’On call’ pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
Pembekalan ubat-ubatan ke wad selepas jam 10:00 malam setiap hari termasuk cuti minggu dan cuti umum adalah dibekalkan atas panggilan.
- Perkhidmatan MTAC di adakan di klinik-klinik berkaitan mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap minggu.
Masa Beroperasi:
|
Isnin - Jumaat |
8.00AM – 5.00PM |
|
Sabtu/Ahad / Hari Kelepasan Am |
Tutup |
Lokasi: Basement HQE II
Nombor Pejabat: 088-324600 EXT: 1011/2077
Facebook: Unit Perubatan Transfusi HQE / Jabatan Perubatan Transfusi Hqe II
Instagram: BloodBank Kota Kinabalu (BBKK)
Telegram: DERMA DARAH KOTA KINABALU
VISI
Ke arah Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti dan selamat dalam mengoptimakan perawatan pesakit sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISI
Misi Jabatan ini adalah selaras dengan misi Pusat Darah Negara iaitu memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang cemerlang melalui:
- Pembekalan darah dan komponen darah yang mencukupi dan selamat secara berterusan untuk menampung keperluan pelanggan. Ini dapat dicapai dengan mengimplementasikan program-program kualiti secara komprehensif seperti recruitment & retention programme, Good Manufacturing Practice (GMP) dalam pemprosesan komponen darah dan program penyaringan darah yang menepati piawaian kebangsaan.
- Membudayakan nilai-nilai teras budaya korporat dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota yang berilmu, kompeten, peka, inovatif dan profesional sejajar dengan perubahan teknologi terkini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
OBJEKTIF JABATAN
- Mewujudkan pool of safe donors dengan menggalakkan pendermaan darah secara sukarela tanpa bayaran (voluntary non-remunerated) di kalangan masyarakat serta memastikan >65% adalah penderma darah
- Sentiasa memastikan bekalan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan semua
- Menggabungkan program Quality Assurance di dalam semua prosedur yang melibatkan Perkhidmatan Perubatan
- Memastikan ujian penyaringan darah dihantar dari pusat-pusat kutipan darah seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah mengikuti piawaian yang telah
- Menggalakkan Amalan Transfusi yang Baik (Good Transfusion Practice) mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap penderma darah akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
- Tempoh masa keseluruhan proses pendermaan darah dari pendaftaran, pemeriksaan darah, kaunseling dan pendermaan darah dilakukan adalah 45 minit bagi pendermaan darah utuh dan 2 jam bagi pendermaan aferesis.
- Setiap penderma darah yang reaktif akan dihubungi dalam masa 7 hari dari penerimaan keputusan ujian saringan dari Makmal Transfusi Mikrobiologi untuk menghadiri sesi kaunseling dan pemeriksaan lanjut.
- Semua keputusan ujian saringan terhadap penderma dan keputusan ujian adalah SULIT.
- Setiap penderma darah berwarganegara Malaysia layak untuk mendapat hak keistimewaan penderma darah rawatan di hospital kerajaan mengikut ketetapan pekeliling terkini.
- Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan komponen darah yang berkualiti, selamat dan tepat pada masa yang diperlukan.
- Tempoh penyaringan untuk sampel darah daripada semua pusat kutipan darah adalah dalam masa 24 jam selepas penerimaan sampel ke makmal saringan.
- Darah berfenotip akan dibekalkan dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan sekiranya bekalan adalah mencukupi (tempoh adalah termasuk permohonan ke Pusat Darah Negara).
- Memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh program Quality Assurance.
PENYATAAN POLISI BERKENAAN ANONYMITY PENDERMA, PESAKIT DAN STAF DALAM AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN DAN PRESTASI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II
Pihak Hospital Queen Elizabeth II menyedari bahawa aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi (safety and performance improvement activitis) adalah merupakan salah satu keperluan asas dalam pendekatan pengurusan risiko yang menyeluruh. Adalah menjadi polisi Hospital Queen Elizabeth II agar perkara-perkara tersebut dirancang dengan sistematik supaya pelaksanaan dan pemantauan aktiviti pengurangan risiko (risk reduction activities) termasuk Incident Reporting, pengurusan aduan dan pengurusan kes-kes seroconvert dapat dijalankan mengikut standar yang ditetapkan.
Polisi Hospital Queen Elizabeth II adalah seperti berikut :
- Memastikan dokumentasi aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi disimpan dengan sewajarnya
- Memastikan kerahsiaan pengamal perubatan, staf, penderma dan pesakit dalam aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi dipelihara.
- Menyatakan dengan jelas pada setiap kertas soal selidik berkaitan piagam pelanggan atau borang maklumbalas bahawa jawapan dalam kajian dan borang tersebut akan dikekalkan kerahsiaannya dan kekal anonymous (tidak bernama). Nama responden tidak perlu ditulis di dalam kertas soal selidik atau borang tersebut.
- Menyatakan dengan jelas pada setiap sesi pembentangan Mortality and Morbidity Review, Incident Reporting dan pembentangan kes-kes Seroconvert bahawa pihak yang terlibat akan dikekalkan kerahsiaannya dan kekal anonymous (tidak bernama). Identiti cukup dinyatakan dengan huruf pertama nama (initials)
- Mengkaji semula polisi ini dari masa ke masa.
CARTA ORGANISASI

DR. KHOO CHEE KHONG
PAKAR PATOLOGI KIMIA UD14
PENGENALAN
Jabatan Patologi mula beroperasi pada tahun 2010. Pada tahun 2010, bangunan Sabah Medical Center (SMC) ini telah dibeli oleh kerajaan dan dinamakan Hospital Queen Elizabeth II. Jabatan Patologi mula beroperasi di Aras 5 sebagai Unit Patologi dan Tabung Darah, dan kemudian dipindahkan ke aras Basement serta dinaiktaraf kepada Jabatan Patologi pada tahun 2018.
Jabatan Patologi terdiri daripada empat unit, iaitu (1) Patologi Kimia; (2) Hematologi; (3) Mikrobiologi; (4) Patologi Anatomi (Histopatologi), Fungsi Jabatan Patologi adalah untuk memberi perkhidmatan patologi dengan menjalankan uijan-ujian analisis cerakinan untuk membantu dalam pendiagnosan penyakit, penyaringan penyakit dan mengesan keberkesanan rawatan serta pemantauan tahap penyakit.
VISI
Perkhidmatan Patologi akan menjadi perkhidmatan yang cemerlang dengan menggunakan teknologi dan metodologi yang terkini serta bersesuaian..
MISI
Menyediakan Perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat, selamat dan kos efektif berlandaskan system kualiti yang mengutamakan keselamatan pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI JABATAN PATOLOGI
Lebih 80% Ujian Urgent / STAT akan disiapkan dalam tempoh 60 minit selepas permintaan diterima.
● BUSE/Creatinine
● LFT/Other Chemical Pathology tests
● Full Blood Count (FBC)
● Coagulation Profile (PT/APTT/INR)
● Leptospirosis Serology (IgM) Rapid Test
● Dengue NS-1 Rapid Test
● Dengue Serology (IgM/IgG) Rapid Test
● CSF FEME/Torula Stain/Gram Stain
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra, sopan dan ikhlas.
- Semua keputusan pelanggan akan disimpan dengan selamat dan rahsia (confidential).
- Request untuk ujian segera (Urgent/STAT test) akan diterima, diasingkan untuk diproses dan dianalisa seberapa segera selepas diterima di makmal.
- Pihak wad mesti memaklumkan serta mengasingkan borang permintaan dan sampel bagi permintaan ujian segera (Urgent/STAT).
- Laboratory Turnaround Time (LTAT) bagi ujian yang bukan segera adalah 4 jam.
- Semua keputusan kritikal seperti yang ditetapkan dalam senarai panic value akan dimaklumkan kepada clinician dalam masa 30 minit selepas keputusan disemak dan disahkan.
| BIL | PERMINTAAN UJIAN URGENT/STAT | LTAT |
| 1 | BUSE, Creatinine | 60 min |
| 2 | Calcium | 60 min |
| 3 | Amylase | 60 min |
| 4 | Glucose | 60 min |
| 5 | Cardiac Enzyme (CK, AST, LDH) | 60 min |
| 6 | High Sensitivity Troponin I | 60 min |
| 7 | Lactate | 60 min |
| 8 | Urine FEME | 60 min |
| 9 | Urine for Paraquat | 60 min |
| 10 | CSF Biochemistry | 60 min |
| 11 | Full Blood Count (FBC) | 45 min |
| 12 | PT / APPT | 60 min |
| 13 | Periphery Blood Film (PBF) | 24 jam |
| 14 | G6PD | 120 min |
| 15 | Urine Pregnancy Test (UPT) | 60 min |
| 16 | Blood Smear Malaria Parasit (BSMP) | 120 min |
| 17 | Dengue Rapid Test (IgM, IgG, NS-1) | 60 min |
| 18 | Leptospirosis Serologi Rapid Test | 60 min |
| 19 | CSF FEME, Gram Stain, Torula Stain | 120 min |
| 20 | Arterial / Venous Blood Gases | 15 min |
Masa yang ditetapkan di atas boleh berubah tertakluk kepada faktor-faktor berikut:
- Mesin berfungsi dengan baik.
- Bilangan anggota mencukupi.
- Beban kerja semasa.
SKOP PERKHIDMATAN
- Memberikan perkhidmatan ujian makmal.
|
Unit |
Ujian rutin |
Ujian Khas |
|
Patologi Kimia |
|
|
|
Hematologi |
|
|
|
Mikrobiologi |
|
|
|
Patologi Anatomi |
|
|
|
Point-of-Care Testing |
|
- Menguruskan penghantaran ujian rujukan ke hospital atau makmal rujukan. Berikut merupakan senarai hospital atau makmal rujukan:
- Hospital Queen Elizabeth (HQE)
- Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS)
- Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK)
- Jabatan Kimia, Kota Kinabalu
- Institute of Medical Research (IMR)
- Hospital Kuala Lumpur (HKL)
- Hospital Putrajaya (HPJ)
- Hospital Ampang
- Hospital Tunku Azizah (HTA)
- Institut Kanser Negara (IKN)
- Hospital Sungai Buloh
- Makmal Kesihatan Awam (MKA) Sungai Buloh
- Pusat Perubatan University Malaya (PPUM)
- Stor Utama
- Menerima stok reagen dan konsumable Jabatan Patologi HQE II daripada syarikat pembekal.
- Membekal stok konsumable kepada kakitangan Jabatan Patologi untuk kegunaan harian.
- Membekal stok konsumable kepada wad untuk kegunaan pihak wad.
- Membekal stok reagen POCT kepada wad untuk kegunaan pihak wad.
WAKTU OPERASI
|
Seksyen |
No. Extension |
Waktu Perkhidmatan |
|
Kaunter Utama |
1016 |
24 jam |
|
Patologi Kimia |
1013 |
24 jam |
|
Hematologi |
1012 |
24 jam |
|
Mikrobiolgi |
1011 |
24 jam |
|
Histologi (cytology) |
1016 |
8:00 am – 5:00 pm |
|
Stor Utama |
1017 |
7:30 am – 4:30 pm |
Jabatan Kerja Sosial Perubatan terletak di Aras 1 bangunan hospital. Perkhidmatan diberikan
kepada pesakit dalam (wad hospital) dan pesakit luar (klinik pakar hospital) yang dirujuk oleh
Pakar/Pegawai Perubatan.
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
- Pengurusan bantuan praktik iaitu pengurusan bantuan kewangan bagi mendapatkan peralatan perubatan, ubatan dan rawatan, penempatan institusi dan mengesan waris.
- Pengurusan bantuan terapi sokongan seperti khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisis serta sokongan informasi.
-
TERAPI SOKONGAN
Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:
- Khidmat Perundingan
- Sokongan Emosi
- Intervensi Krisis
-
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
- Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
- bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
- penempatan institusi
- mengesan waris.
-
- Bantuan praktik yang melibatkan bantuan kewangan dan penempatan institusi hanya diberi kepada pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi bagi mengesahkan pengenalan diri.
Jenis Kes Perkhidmatan Terapi Sokongan
Jenis Kes Perkhidmatan Bantuan Praktik
• Pembiayaan peralatan perubatan
• Bantuan pembiayaan rawatan
• Bantuan pembiayaan ubat-ubatan
• Bantuan am
• Penempatan institusi
• Mengesan waris
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang

Dr Wan Najwa Zaini Binti Wan Mohamed
Pakar Perunding Radiologi Gred Khas C
PENGENALAN
-
Sejajar dengan keperluan yang mendesak bagi perkhidmatan radiologi di HQE II, pada 14 Februari 2011 penempatan anggota kerja jabatan ini telah dimulakan dengan hanya 4 orang Juru X-ray. Mereka bertugas bersama-sama dengan wargakerja Jabatan Radiologi SMC (swasta) yang pada masa itu masih lagi menggunakan mesin-mesin radiologi serta fasiliti HQE II. Penambahan bilangan tenaga kerja Jabatan Radiologi HQE II seperti Pakar Radiologi, Juru X-ray, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah berterusan.
- Pada 1 Disember 2011, Jabatan Radiologi HQE II mula beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti wargakerja seramai 15 orang iaitu 2 orang Pakar Radiologi, 1 orang Pegawai Perubatan, 11 orang Juru X-ray dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
-
Pada 1 Januari 2014, Jabatan Radiologi SMC telah berpindah keluar sepenuhnya dan Jabatan Radiologi HQE II berjaya mengambil alih keseluruhan fasiliti jabatan ini masih berkongsi fasiliti dengan pasukan swasta dari Jabatan Radiologi SMC.
-
Sepanjang tempoh perkongsian fasiliti di antara hospital kerajaan dan hospital swasta yang unik ini, wargakerja Jabatan Radiologi dari kedua-dua hospital sentiasa memberikan kerjasam yang baik dan dapat bekerja bersama-sama dengan penuh harmoni dan kesefahaman dalam satu fasiliti jabatan.
- Kini pada tahun 2026, jabatan ini mempunyai sebanyak 56 orang anggota yang merangkumi 7 Pakar Radiologi, 11 Pegawai Perubatan, 1 orang Pegawai Sains Fizik, 30 Juru X-Ray, 2 Jururawat, 1 orang Pembantu Tadbir(MyStep) dan 4 Pembantu Perawatan Kesihatan. Warga jabatan ini berikrar untuk sentiasa berusaha keras bagi menghasilkan perkhidmatan Radiologi yang bermutu tinggi dan sentiasa mematuhi piawai; disamping mengekalkan suasana kerja yang selamat, berdaya saing, kompeten, berpasukan dan harmoni. Kebajikan dan keselamatan pesakit dan anggota sentiasa diutamakan.
Jabatan Radiologi akan menjadi pusat kecemerlangan yang berintegriti tinggi, inovatif, berdaya saing dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta komprehensif melalui anggota yang professional, prihatin dan bertanggungjawab.
- Sentiasa berusaha mengutamakan mutu perkhidmatan yang berkualiti
- Mengutamakan aspek-aspek perlindungan radiasi kepada pesakit,anggota dan orang awam
- Memastikan kompetensi anggota berada ditahap optimum
OBJEKTIF
Objektif utama Jabatan Radiologi adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan dengan cekap,selamat dan tepat tanpa mengira masa disamping mempastikan perlindungan radiasi yang maksimum. Mewujudkan suasana kerja yang selamat dan kondusif disamping mengutamakan kebajikan pesakit dan anggota.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra, bersopan, hormat, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan risiko pemeriksaan radiografi.
- Masa untuk setiap pemeriksaan radiografi am adalah dalam masa 60 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
- Membuat persediaan yang telah diarahkan.
- Membawa borang yang betul dan lengkap.
SKOP PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
- Pemeriksaan Radiologi Am
- Pemeriksaan Radiologi Am Mudah Gerak
- Pemeriksaan Radiologi OPG
- Pemeriksaan Radiologi Image Intensifier (I.I) di Dewan Bedah
2. PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
- Pemeriksaan Ultrasound
- Pemeriksaan Radiologi Mammagrafi
- Pemeriksaan Radiologi Fluoroskopi
- Pemeriksaan Radiologi CT Scan
- Pemeriksaan Magnatic Resonance Imaging (MRI)
- Pemeriksaan Angiografi Invasive Cardiac Laboratory (ICL)
- Pemeriksaan Angiografi Vaskular
3. KHIDMAT KONSULTASI LAPORAN RADIOLOGI
- Laporan pakar untuk semua pemeriksaan Radiologi Am (atas permintaan) dan Khas.
- Laporan pakar bagi rujukan hospital/kliknik luar.
- Konsultasi bagi kes-kes kompleks melalui Radiology Multidisiplinary Conference.
4. RANGKAIAN FULL PACS
- Rangkaian Full PACS bagi keseluruhan hospital.
Waktu Operasi:
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tugas atas panggilan selepas masa pejabat, cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.
Lokasi :
Tingkat Bawah
No. Tel (samb) :
1118

Pn. Cik Noor Baayah binti Abdul Jalil (Menanggung)
Penolong Pegawai Tadbir N6
PENGENALAN
- Perkhidmatan Jabatan Rekod Perubatan merupakan salah satu perkhidmatan di bawah kategori sokongan klinikal di hospital. Jabatan ini dipertanggungjawab untuk mengurus perkara berkaitan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP), Pengurusan Statistik Hospital, Pengurusan Laporan Perubatan, Pengurusan Lembaga Perubatan dan Kes Mediko Legal bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
- Jumlah keanggotaan/kakitangan : 4 Penolong Pegawai Tadbir, 4 Pembantu Tadbir, 8 Pembantu Perawatan Kesihatan dan 5 Pembantu Tadbir (MyStep).
VISI
“Menjadikan Jabatan Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang”
MISI
“Menyediakan perkhidmatan pengurusan maklumat dan dokumentasi kesihatan dan pengurusan rekod perubatan pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan, mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan”
OBJEKTIF
- Mengurus rekod perubatan pesakit dengan sistematik dan selamat.
- Menyediakan statistik dan maklumat kesihatan yang tepat dan bernilai.
- Menyediakan dokumentasi dan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, timbangrasa, hormat, sopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan dalam tempoh 28 hari bekerja dengan syarat pembayaran seperti yang ditetapkan telah dibuat dan permohonan lengkap termasuk rekod perubatan pesakit telah diterima dan sedia untuk diproses.
- Semua kandungan rekod perubatan pesakit akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya dikeluarkan kepada pihak tertentu dengan keizinan mereka tertakluk kepada undang – undang.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan Statistik dan Maklumat Kesihatan.
- Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit.
- Pengurusan Laporan Perubatan dan Dokumentasi Kesihatan.
- Pengurusan Lembaga Perubatan dan Dokumentasi Medikolegal.

Waktu Operasi :
|
Hari |
Masa Operasi |
Masa Rehat |
|
Isnin - Khamis |
8.00am – 5.00pm |
1.00pm – 2.00pm |
|
Jumaat |
8.00am – 5.00pm |
11.30pm – 2.00pm |
|
Sabtu/Ahad / Hari Kelepasan Am – TUTUP |
||
Lokasi :
Tingkat 1
No. Tel (samb) :
1280
PENGENALAN
Unit Kejururawatan memulakan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth II pada bulan November 2008 di sebuah bilik yang terletak di Level 2 bersama-sama dengan Wad Perubatan Surgikal & Ortopedik semasa wad Surgikal & Ortopedik berpindah ke bangunan Sabah Medical Centre (SMC). Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia membeli bangunan SMC pada Mac 2010, Unit Kejururawatan telah berpindah ke sebuah pejabat yang lebih luas dan besar di tingkat 1.
Unit Kejururawatan kini diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat U44 dibantu oleh 1 Jururawat U44 (Flexi), 1 Penyelia Jururawat U36, 2 orang Ketua Jururawat U32 dan 1 Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Selain itu, terdapat 4 Penyelia Jururawat U42 dan 13 Penyelia Jururawat U36 yang turut membantu dalam melaksanakan aktiviti kejururawatan dan mereka telah ditempatkan mengikut kawasan jagaan masing-masing.
Unit Kejururawatan bertanggungjawab dalam pengurusan, pendidikan dan aktiviti kejururawatan dengan memastikan perawatan kejururawatan yang diberikan cemerlang dan sesuai dengan standard profesional yang ditetapkan. Anggota jururawat penting dalam sesebuah hospital dalam memberi perawatan kejururawatan mengikut standard operating prosedur yang ditetapkan dengan mengambilkira keselamatan pesakit.
VISI
Ke arah perawatan yang professional dengan mengamalkan nilai-nilai murni.
MISI
Memberi perawatan holistik yang cekap, selamat, efektif dan berkualiti
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dari aspek pencegahan, kuratif dan rehabilitasi
- Meningkatkan amalan kejururawatan melalui pendidikan kejururawatan berterusan
- Menilai dan memantau tahap perawatan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan piawaian kejururawatan
- Membimbing dan menyokong anggota jururawat dalam peningkatan pembelajaran dan kemajuan diri
- Bekerjasama dengan rakan jururawat dan institusi pendidikan lain bagi memberi pengalaman klinikal kepada pelajar
- Mendorong dan mengadakan penyelidikan kejururawatan
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan
- Memastikan setiap jururawat membuat permohonan pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (Annual Practicing Certificate) bagi tahun berikutnya sebelum 30 September setiap tahun
- Menyediakan Continuous Nursing Education (CNE) dan kursus-kursus untuk keperluan Continuous Professional Development (CPD) dan buku log bagi memenuhi 40 mata kredit (7 hari berkursus)
- Surat dan pekeliling rasmi akan diedarkan ke Unit/Wad/Klinik dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja selepas diminitkan untuk tindakan
- Setiap aduan yang dikemukakan ke atas anggota di bawah seliaan Unit Kejururawatan akan disiasat dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Aduan dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Unit Kejururawatan adalah:
- Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah dalam tugas pentadbiran dan pengurusan hospital
- Merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori jururawat
- Merupakan unit yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan perawatan pesakit dalam dan luar melalui proses perawatan kejururawatan
- Merupakan sebuah unit yang menguruskan dan memantau penguatkuasaan Sijil Pengamalan Kejururawatan Tahunan Jururawat
- Mengurus dan memantau penguatkuasaan kepatuhan kepada kod-kod amalan professional
- Mengurus kawalan mutu program kualiti dalam kejururawatan
- Memainkan peranan penting dalam aktiviti kualiti hospital
- Memainkan peranan untuk memastikan Continuous Nursing Education (CNE) dijalankan sepanjang tahun
WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi hingga 11.30 pagi
2.00 petang hingga 5.00 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum
Tutup
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) HQE 2 mula beroperasi pada 16 Oktober 2010. Lokasi kedudukan Unit ini terletak di Aras Basement bersebelahan dengan Jabatan Perubatan Transfusi dan juga Unit Forensik.
VISI
Unit CSSU menjadi pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan pensterilan dan bekalan peralatan.
MISI
Unit CSSU dapat menyediakan produk-produk steril yang selamat dan bermutu bagi penjagaan pesakit melalui sistem pengawasan yang cekap.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan dengan tujuan mencegah dan pengawal infeksi di Hospital dengan memenuhi keperluan peralatan dan bahan steril disetiap wad dan unit.
FUNGSI UTAMA
- Menerima,memeriksa,memcucui,membungkus dan mensteril peraltan yang diguna semula untuk semua Jabatan Unit,Wad,Klinik dan Dewan Bedah Am dan Kardiak.
- Menyediakan bahan-bahan pembebatan iaitu soft dressing seperti gauze dan cotton untuk keperluan perawatan harian yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 2.
- Membungkus dan mensterilkan linen untuk semua kegunaan prosedur di Dewan Bedah dan semua unit di Hospital ini.
- Mengagihkan peralatan serta pek steril kepada semua unit dan wad di Hospital Queen Elizabeth.
- Menjalankanperkhidmatan keatas peralatan Loaner yang dihantar oleh pembekal untuk kegunaan pakar-pakar Dewan Bedah.
- Member perkhidmatan pensterilan kecemasan untuk Hospital lain atau Pusat Kesihatan.
PIAGAM PELANGGAN
- Menerima semua peralatan kotor daripada semua unit,wad,klinik dan dewan bedah setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.
- Membekalkan peralatan steril yang mencukupi kepada semua unit,wad dan klinik setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastika peralatan steril sentiasa dalam keadaan baik,tidak basah atau koyak.
- Member perkhidmatan penerimaan peralatan dan pengagihan peralatan selepas waktu pejabat. (bagi kes kecemasan sahaja).
- Membekalkan peralatan yang berkualiti dimana peralatan steril yang dibekalkan mempunyai External Indicator (Autoclave Tape) label set,tarikh pembungkusan,pusingan load dan nombor autoclave.semua peralatan dibungkus dengan sempurna mengikut teknik pembungkusan yang betul.
- Sentiasa member komitmen yang tinggi kepada unit-unit yang memerlukan perkhidmatan.

PENGENALAN
Unit Fisioterapi, Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) memulakan perkhidmatan pada 3 November 2009 sebaik pengambilalihan bangunan dari Sabah Medical Centre. Perkhidmatan ini bermula dengan peminjaman 4 anggota Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 dari Hospital Queen Elizabeth (HQE), yang berulangalik dari HQE setiap hari. Perkhidmatan fisioterapi bermula dari lokasi HQEII sepenuhnya pada November 2011 dengan 6 orang anggota. Perkhidmatan yang diberikan pada masa itu adalah perkhidmatan pesakit dalam sahaja.
Unit ini menyediakan perkhidmatan Pemulihan Fisioterapi selaras dengan kepakaran dan perkhidmatan yang ada di Hospital ini. Iaitu Perubatan Kardiologi, Pembedahan Kardiotorasik, Perubatan Pediatrik Kardiologi, Pembedahan Neuro, Otopedik Pembedahan & Rekonstruktif MikroTangan, Arthroplasty dan Rehabilitasi Kecederaan Sukan, Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pembedahan Vaskular, Pusat Sumber Diabetis & Penjagaan Luka dan Stoma, Perubatan Am serta Perubatan Endokrine. Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar / pegawai perubatan atau agensi luar yang berkenaan sebagai pesakit dalam atau pesakit luar.
Sejurus dengan perkembangan perkhidmatan Kepakaran Kardiologi dan Pembedahan Kardiotorasik di negeri Sabah, Unit Fisioterapi, Hospital Queen Elizabeth II merupakan yang ke-5 dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan aktif dalam Aktiviti Pemulihan Jantung Fasa 1 and Fasa 2; serta Pemulihan ‘Heart Failure”.
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi U44, dibantu oleh seorang lagi Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi U44 serta 11 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi (U29, U32 (TBK1) dan U38) dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Lokasi perkhidmatan utama unit ini adalah di Aras Lantai berdepan dengan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik HQEII, manakala aktiviti pemulihan jantung adalah di aras 5, iaitu Unit Pemulihan Jantung Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.
MISI
-
Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan keberkesanan-kos serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
-
Melahirkan tenaga kerja professional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa.
-
Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
-
Mewujudkan suasana dan mekanisma untuk mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Menggalakkan latihan berterusan dan seterusnya menjadi pusat rujukan bagi perkhidmatan Fisioterapi (Rehabilitasi Kardiak, Lymphedema, Kecederaan Sukan,Obesiti dan Kesakitan Kronik) di Peringkat Negeri.
OBJEKTIF
Semua Kes rujukan “Chest Physiotherapy” yang dirujuk dari Cardiac Intensive Care Unit (CICU) dan Cardiac Care Unit (CCU) yang diterimadi Kaunter Unit Fisioterapi, Hospital Queen Elizabeth II sebelum atau pada jam 3 petang akan dilayan dalam masa 4 jam bekerja.
Pencapaian : 95%
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Perkhidmatan Fisioterapi adalah:
“Kami berazam dan berjanji akan:
-
- Memberi layanan mesra, adil dan saksama.
-
- Menjaga maruah dan kerahsiaan setiap pesakit.
-
- Memastikan pesakit mendapat rawatan menepati masa
mengikut standard berikut.
-
Pesakit Luar
-
Pendaftaran kes baru 20 minit dan kes ulangan 15 minit.
-
Mendapat rawatan dalam 30 minit selepas pendaftaran.
-
Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan kecuali kes akut dan kecemasan.
-
Pesakit Dalam
-
Setiap kes diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima.
-
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi pegawai yang bertugas.
FUNGSI PERKHIDMATAN FISIOTERAPI :
- Memberi perawatan kuratif dan rehabilitatif kepada pesakit yang mempunyai ketidakupayaan akibat pelbagai jenis penyakit dan kecederaan.
- Memberikan perkhidmatan preventif dan promotif kepada komuniti.
- Mengambil bahagian dalam program latihan professional kepada pelatih Perawatan Fisioterapi.
- Produk Perkhidmatan
Produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Fisioterapi adalah seperti disenaraikan di bawah. Jenis produk yang ditawarkan bergantung kepada:
-
-
-
Fungsi utama (promotif, preventif, curatif atau rehabilitatif).
-
Sasaran pelanggan (pesakit dan pelanggan dalaman) dan keperluan mereka.
-
Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai.
-
Kemampuan tenaga kerja (bilangan dan kepakaran petugas).
-
-
Senarai Produk Perkhidmatan (Pesakit dalam dan Pesakit Luar)
-
Perkhidmatan Teras:
-
Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
-
Perawatan Fisioterapi Respiratori
-
Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
-
Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
-
Perawatan Fisioterapi Geriatrik
-
Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
-
Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
-
-
-
-
Perkhidmatan Pengkhususan:
-
Perawatan Fisioterapi Lymphedema
-
Perawatan Fisioterapi Hand
-
Perawatan Fisioterapi Obesiti
-
-
-
-
Perkhidmatan Multidisplinari:
-
Pemulihan Kardiak
-
Pemulihan Amputee
-
Pemulihan Strok
-
Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
- Chronic Pain Management
-
-
- Waktu Perkhidmatan
- Hari dan masa:
- Isnin-Khamis:
- 00 pagi hingga 1.00 petang
- 00 petang hingga 5.00 petang
- Jumaat:
- 00 pagi hingga 11.30 pagi
- 00 petang hingga 5.00 petang
- Sabtu /Ahad/Cuti Umum:
- PESAKIT LUAR : TUTUP
- PESAKIT DALAM: Tugas Atas Panggilan Berjadual bagi Unit Fisioterapi, HQE II Dari :
- Isnin-Khamis:
* 8.00 pagi hingga 1.00 petang
* 2.00 petang hingga 5.00 petang
- Skop Perkhidmatan
° Memberi perkhidmatan rawatan fisioterapi semasa:
* Waktu Pejabat untuk:
Pesakit Dalam di wad-wad Pembedahan Lelaki & Perempuan (Payudara,
Endokrin & Vaskular), Perubatan Lelaki & Extension, Ortopedik Lelaki &
Perempuan (Arthroplasty & Sport Injury), Pembedahan Neuro, , GICU, HDU-
Perubatan, HDU- Pembedahan Neuro, PCICU, CICU, CCU, CTW, PCRW
dan CRW;
Pesakit Luar rujukan dari Pakar / Pegawai Perubatan Rehabilitasi Kardiak,
Pembedahan (Payudara, Endokrin & Vaskular), Perubatan dan Ortopedik
serta program CRP1 dan CRP2, Program Lymphedema, Program Chronic Pain, Program Stroke, Program Kecederaan Sukan dan Program Obesiti; sehingga ada perubahan operasi dan akan dimaklumkan kemudian.
° Luar waktu pejabat ( Hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am)
secara " Tugas Atas Panggilan Berjadual " untuk:
Pesakit Dalam SAHAJA di Unit Rawatan Rapi (ICU/HDU- Neuro, Medical)
(dua kali sehari),
Unit Penjagaan Kardiologi(CCU/PCICU(dua kali sehari)/CRW (sekali sehari)
Dan Unit Kardiothoraksik (CICU( dua kali sehari) /CTW (sekali sehari)
- Intervensi Fisioterapi
- PENILAIAN dan RAWATAN RESPITORI/PULMONARI
- PENILAIAN dan RAWATAN SENAMAN
- PENILAIAN dan RAWATAN KESAKITAN KRONIK
- PENILAIAN dan RAWATAN MANUAL TERAPI
- PENILAIAN dan RAWATAN HABA – WAX BATH/ HOT PACK/ INFRA RED RAY
- PENILAIAN dan RAWATAN “CRYOTHERAPY”
- PENILAIAN dan RAWATAN “TAPING/ STRAPPING” dan “COMPRESSION BANDAGING”
- PENILAIAN dan RAWATAN PALLATIF
- PENILAIAN dan RAWATAN KECEDERAAN SUKAN
- PENILAIAN dan RAWATAN AMBULASI / “GAIT TRAINING”
- PENILAIAN dan RAWATAN KESIMBANGAN (BALANCE TRAINING)
- PENILAIAN dan RAWATAN “LYMPHEDEMA”
- PENILAIAN dan RAWATAN “KESIHATAN WANITA DAN LELAKI”
- PENILAIAN dan RAWATAN “EARLY INTERVENTION PROGRAMME”
- PENILAIAN dan RAWATAN OBESITI
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN KARDIAK FASA 1 & 2
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN NEURO
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN KECEDERAAN OTAK DAN SARAF TUNJANG
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN TANGAN
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN “AMPUTEE”
- PENILAIAN dan RAWATAN PEMULIHAN STROK
- KELAS-KELAS BERKIATAN
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
- Pesakit perlu mengikut temujanji yang ditetapkan.
- Pelanggan perlu membawa bersama dokumen tersebut semasa mendapatkan rawatan
- Kad pengenalan/passport
- Kad temujanji
- Pelanggan perlu menyelesaikan urusan pembayaran sebelum mendapatkan rawatan.
- Pelanggan yang layak mendapat pengecualian bayaran, perlu mengemukakan bersama dokumen terkini yang berkenaan:
- Surat pengesahan
- Orang kelainan upaya (OKU)
- Surat akuan pelajar
- Surat jaminan kerajaan (GL)
- Pelanggan bertanggungjawab memaklumkan perubahan temujanji melalui telefon atau hadir ke kaunter.
- Pelanggan dipohon tidak berkelakuan mengancam keselamatan atau menggunakan perkataan kasar terhadap kakitangan kesihatan.
UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (UPPP)
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini juga berperanan membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Menjana sebuah pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi yang sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
MISI
Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan serta mengikut akta-akta, peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
-
Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
-
Mengurus sumber manusia di bawah kawalan den cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
-
Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
PIAGAM PELANGGAN
-
Memberi maklumbalas maklumat secara lisan dalam tempoh 1 jam kepada pelanggan dalaman dan pelanggan dari luar.
- Memberi maklumbalas maklumat secara bertulis dalam tempoh yang tidak melebihi 7 hari bekerja kepada pelanggan dalaman dan pelanggan dari luar.
SKOP PERKHIDMATAN
-
Pengurusan Sumber Manusia
-
Urusan Keperluan Anggota / Permohonan Perjawatan Baharu
-
Urusan Penempatan
-
Urusan Pengagihan Anggota
-
Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota
-
-
Pentabiran
- Mesyuarat berkala unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabtan hospital
- Kewangan / Peruntukan Modal Insan
- Perolehan Aset
- Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)
- Standard Oeprating Procedure (SOP yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti) dan CPG Kementerian Kesihatan Malaysia
- Dokumentasi klinikal
- Kawalan jangkitan / infeksi
- Audit Klinikal
- Keselamatan Pesakit (Patient Safety)
- Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans Kecemasan
- Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan (MECC)
- Intra / Inter Fasiliti
- pasukan Liputan Perubatan (Medical Standby)
- Pematuhan Akta dan Peraturan
- Memastikan akta-akta (Akta 180 - Medical Assistant Registration Act 1977) bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi
- Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian
- Pemathuan Kod Etika Pembantu Perubatan
- Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut senarai tugas yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing
- Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana-mana yang termaktub / arahan dari pihak Lembaga / kementerian Kesihatan
- Pengurusan Latihan
- Orientasi Anggota Baru
- Merancang latihan bagi anggota
- Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota
- Menyediakan laporan latihan dihadiri oleh anggota
- Menurus Buku Log Latihan dan CPD anggota
- Menyelaras latihan Tahp 1, 2 dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan
- Penyelidikan
Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan- Tugas Atas Panggilan
- Clinical Supervision di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota di bawah jagaan
- Penyediaan jadual tugas atas panggilan
- Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugas atas panggilan
- Semakan laporan harian
- Penyediaan laporan kepada pengarah hospital
- Pegurusan Bencana
- Ahli Jawatankuasa Induk Bencana
- Ahli Jawatankuasa Induk Keselamatan Kebakaran dan Fire Safety Office / Manager
- Tugas Atas Panggilan

Sumazni Binti Che Sulaman
Pegawai Dietetik U10
PENGENALAN
Unit Dietetik dan Sajian merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian Dietetik dan bahagian Sajian. Perkhidmatan Sajian terletak di tingkat bawah bangunan Hospital manakala Perkhidmatan Dietetik terletak di tingkat 8. Waktu operasi Perkhidmatan Sajian bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 6.30 petang setiap hari dan Perkhidmatan Dietetik adalah mengikut waktu pejabat.
Fungsi utama Unit Dietetik dan Sajian adalah untuk menyediakan makanan yang berzat dan sesuai kepada semua pesakit dalam wad serta menyediakan perkhidmatan konsultasi dan terapi diet kepada pesakit yang dirujuk. Bahagian Dietetik berfungsi menyediakan perkhidmatan konsultasi dan terapi diet kepada pesakit manakala bahagian Sajian menyediakan makanan yang sesuai meliputi Diet Normal dan Diet Teraputik untuk pesakit dalam.
Diet Normal yang disediakan adalah berasaskan kepada pemakanan seimbang dengan perhatian yang lebih teliti ke atas sumbangan kalori dan kandungan zat-zat makanan utama manakala Diet Teraputik pula adalah makanan yang diubahsuai berdasarkan penyakit dan keadaan pesakit.
VISI
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik dan sajian untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
MISI
- PERKHIDMATAN DIETETIK
i. Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence based terkini disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
ii. Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang Dietetik. - PERKHIDMATAN MAKANAN
i. Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
ii. Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip HALAL, GMP dan HACCP.
Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
OBJEKTIF
OBJEKTIF UMUM
Untuk memastikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
OBJEKTIF KHUSUS
- Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan dari wad.
- Untuk memastikan khidmat Nutrition Care Proses (NCP) bagi oral diet serta Nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
- Untuk menggalakkan penglibatan dalam kajian serta penyelidikan Dietetik Klinikal/ Dietetik
PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN DIETETIK
Memberikan Perkhidmatan Dietetik kepada semua pelanggan yang dirujuk dalam tempoh masa yang ditetapkan.
PERKHIDMATAN SAJIAN
- Diet untuk pesakit dalam akan dibekalkan mengikut pesanan dari wad sebanyak 4 hidangan sehari.
- Makanan akan diagihkan ke wad – wad mengikut waktu berikut:
Sarapan 7.15 – 7.45 pagi
Makan Tengahari 12.15 – 12.45 tengahari
Minum Petang & Produk Enteral 2.30 – 3.00 petang
Makan Malam 5.00 – 5.30 petang - Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan (aktif), Pegawai yang bertugas di Dewan Bedah dan Paramedik akan dibekalkan makanan mengikut kelayakan yang ditetapkan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar
CARTA ORGANISASI
PERKHIDMATAN DIETETIK
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat
8.00am - 5.00pm
Lokasi :
Tingkat 8
No.Tel (samb) :
8090
PERKHIDMATAN SAJIAN
Waktu Operasi :
6.00am - 6.00pm
Lokasi :
Lower Ground (Basement Floor)
No.Tel (samb):
1040
.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan.
- Setiap HO yang akan bertugas di Hospital Queen Elizabeth II, akan di beri orientasi kawalan infeksi dalam masa lima hari berkerja selepas melapor diri di unit kawalan infeksi.
- Setiap link nurse dan link officer akan diberi kursus kawalan infeksi tiga kali dalam setahun.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
- Memberi orientasi Kawalan Infeksi kepada anggota baru.
- Memberi ceramah berkaitan Kawalan Infeksi
- Menjalankan “Environmental Audit”
- Memantau ketidakpatuhan Standard Precaution
- Lawatan kes ‘Alert Organism‘
- Menjalankan audit kepatuhan ‘Hand Hygiene ‘
- Menjalankan Kajian ‘Point Prevalence‘
- Menjalankan ujian “Air Sampling”
- Pemantauan ‘HealthCare Associated Infections’.
- Pengambilan ‘Environmental Swab’.
- Pengambilan ‘In Use Test’.
WAKTU BEROPERASI
ISNIN – KHAMIS
8.00 pagi – 5.00 petang
JUMAAT
8.00 pagi – 11:30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
PENGENALAN
Kesihatan awam Hospital Queen Elizabeth II telah di wujudkan pada tahun 2013. Kewujudan unit ini membantu bagi meyelaras jawatankuasa bagi melaksanakan fungsi-fungsi yang perlu bagi sebuah hospital pakar. unit kesihatan awam telah menjalankan skop kerja yang di amanahkan mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia dan sentiasa merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri sabah.
VISI
Unit kesihatan awam sebagai unit kecemerlangan, kredibiliti dan berwawasan
MISI
Melaksanakan perkhidmatan dengan cekap mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kualiti kerja serta sentiasa merancang bagi mencapai integrity unit yang di segani dan di hormati.
OBJEKTIF
Memastikan 15% Notis Seksyen 32B di Bawah Akta Makanan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2004, Peraturan 11 ( b) . Bagi Kesalahan Merokok Dalam Kawasan Hospital Queen Elizabeth II.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bersopan santun., ikhlas dan cekap.
- Memberikan maklumat yang jelas dan maklumbalas yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
- Menyediakan laporan yang diperlukan secara berkala mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan secara tetap.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT
- Memantau dan mengumpul data bagi kes penyakit berjangkit di Hospital
- Menjadi penyelaras bagi kejadian wabak/Kluster yang berlaku di fasiliti Hospital
- Memantau kelewatan notifikasi bagi fasiliti Hospital pada tahap ≤ 1 kes seperti yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
2. KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
- Menjalankan pemeriksaan premis makanan di Hospital dan sekitar Hospital
3. INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah akta :-
- Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan-2004
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1985
- Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Akta Makanan 1983 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009)
4. KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
- Penyeliaan aktviviti pemusnahan tempat pembiakkan aedes dan semburan thermal di kawasan hospital
5. KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
6. KESIHATAN PERSEKITARAN
WAKTU BEROPERASI
JAM 8.00 PAGI – JAM 5.00 PETANG
HUBUNGI KAMI
TALIAN EXTENSION : 2069
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com
DIREKTORI STAF
EXT NO: 2069
-
NAMA : RICKY R JIUS LAWASA ( PPKP U29)
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com
-
NAMA : MOHD. SHAZWAN BIN RAMAMUTEH ( PKA U19)
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com / shaz170993@gmail.com
PENGENALAN
Unit Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit Hospital Queen Elizabeth II telah mula beroperasi pada tahun 2012 dengan tugas dan peranan unit ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit Kejururawatan. Pada 23 Februari 2015 unit ini secara rasminya telah diletakkan di bawah seliaan seorang Pegawai Promosi Kesihatan. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal kepada jabatan-jabatan dan unit-unit dalam mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan pesakit. Unit ini terletak di Aras 8, Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.
MISI
Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif.
OBJEKTIF AM
Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
- Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan.
- Beroperasi sebagai One Stop Center bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.
- Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.
PIAGAM PELANGGAN
-
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Memberikan informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
- Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah penubuhan tingkahlaku kesihatan yang positif.
- Setiap pelanggan akan diberikan layanan berdasarkan ketetapan berikut:
-
- Sebarang permintaan peminjaman sesuatu bahan pameran akan diuruskan serta merta
-
- Penerbitan atau pencetakan sesuatu bahan pendidikan seperti risalah, flipchart dan poster akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dihantar ke unit promosi kesihatan.
-
- Tempahan backdrop/pengambilan gambar hendaklah dibuat seminggu sebelum acara diadakan.
- Perkhidmatan yang disediakan
Unit Promosi Kesihatan menyediakan perkhidmatan :
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)
Menyediakan perkhidmatan KBM bagi membantu para pesakit, anggota hospital dan orang awam berhenti merokok berpandukan kepada Modul Latihan Kebangsaan KBM, KKM dan modul lain terbitan KKM. - Program Pendidikan Kesihatan
Program pendidikan ini melibatkan pesakit dan ianya dilaksanakan dalam pelbagai kaedah sama ada berbentuk Kelas Pendidikan, Perbincangan Kumpulan Kecil (Kumpulan Sokongan), Nasihat Individu, Demontrasi atau tunjukcara yang melibatkan sesuatu kemahiran atau melalui edaran bahan-bahan (kit) pendidikan kepada para pesakit. Selain itu juga, nasihat dari katil ke katil turut diberikan kepada pesakit dan keluarga yang berada di wad mengikut keperluan. - Merancang, melaksana dan menilai latihan untuk anggota hospital dalam bidang promosi kesihatan
Latihan perlu diadakan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun. - Pusat Sumber Transplan (Pendermaan Organ)
- Merancang, mengenalpasti, menerbitkan dan menilai bahan-bahan pendidikan yang bersesuaian untuk program pendidikan pesakit.
- Memberi khidmat runding cara berhubung penerbitan bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak pendidikan pesakit.
- Mengurus permohonan dan pengedaran bahan-bahan pendidikan kesihatan
- Menguruskan tayangan TV Pendidikan
- Mengurus peralatan AVA berkaitan pendidikan kesihatan
- Mengurus dan melaksanakan pameran kesihatan
- Mengurus permohonan untuk menderma organ
- Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan
Salah satu perkhidmatan utama yang diberikan oleh Unit Pendidikan Pesakit di hospital ialah dengan mewujudkan Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan di mana pusat ini membekalkan bahan-bahan pendidikan kesihatan bercetak dan elektronik untuk kegunaan pesakit, ahli keluarga dan orang awam yang memerlukan. Poster, risalah, buku kecil dan flyers adalah bahan-bahan pendidikan kesihatan utama yang diterbitkan di Pusat Sumber ini. Selain itu juga, pusat ini turut menerbitkan bahan untuk kegunaan jabatan lain di hospital seperti banner, bunting, buku program, garis panduan dan lain-lain bahan berdasarkan permintaan. - Merancang, melaksana, menyelia dan menilai program promosi kesihatan di hospital.
Di antara program promosi kesihatan ialah:- Sambutan hari-hari khas yang seperti Hari Diabetes Sedunia, Hari Jantung, Buah Pinggang dan lain-lain mengikut keperluan.
- Promosi Pendermaan Organ
- Program Kempen Anti Merokok
- Program/Kempen Cara Hidup Sihat
- Program promosi kesihatan bersama NGO
- Tayangan TV Pendidikan
Tayangan video kesihatan turut diadakan bagi mendidik para pesakit dan keluarga. Tayangan ini diadakan secara berkala di dalam kawasan hospital samada melalui rancangan tv dalaman ataupun melalui Medik TV. Topik-topik utama berkaitan penyakit, pencegahan dan rawatan serta amalan cara hidup sihat ditayangkan di lokasi-lokasi strategik seperti di ruang-ruang menunggu di Klinik Pakar dan Farmasi. - Pameran Kesihatan
Pameran merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk menyampaikan maklumat dan mendidik pesakit serta pengunjung hospital. Pameran Kesihatan diadakan di tempat-tempat tumpuan seperti di Lobi Utama Hospital, Klinik- Klinik dan Jabatan Kecemasan.Tajuk-tajuk pameran kesihatan juga berubah-ubah mengikut jenis-jenis penyakit/masalah kesihatan dan tema sambutan hari khas kesihatan mengikut bulan tersebut. - Penyelidikan
Kajian turut dilaksanakan di peringkat hospital sama ada oleh UPK sendiri mahupun dengan kerjasama pihak lain. Di antara skop kajian yang dilakukan adalah berkaitan modifikasi tingkah laku kesihatan.
WAKTU BEROPERASI
ISNIN – KHAMIS :
08.00 pagi - 01.00 tengah hari
02.00 petang - 05.00 petang
JUMAAT :
08.00 pagi - 11.30 pagi
02.00 petang - 05.00 petang
PENGENALAN
Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh..
VISI
MISI
OBJEKTIF
- Membimbing klien mendapatkan kesedaran ke arah celik akal dan penerimaan imej diri yang lebih positif.
- Membantu klien mengendalikan emosi, kognitif, dan tingkah laku untuk mencapai potensi diri yang optimum.
- Membimbing klien menyesuaikan diri dengan cabaran untuk membuat pilihan yang terbaik ke arah peningkatan kualiti hidup.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris dan individu signifikan kepada pesakit (luar dan dalam), warga kerja serta pelatih institusi latihan KKM. Perkhidmatan ini dilaksanakan di bilik kaunseling, wad, klinik berhenti merokok, One Stop Crisis Centre (OSCC), kawasan bencana, pusat komuniti dan lain-lain yang berkaitan.
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling :
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Keluarga/ Perkahwinan
- Kaunseling Kelompok
- Pengukuran Ujian Psikologi
- Ceramah/ Program/ Kursus
Jenis Rujukan Kes Psikologi Kaunseling
| Isu Kesihatan Mental & Psikososial | Intervensi Psikologi Kaunseling | Ujian Psikologi |
|
|
|
Modaliti Intervensi Psikologi Kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan empat (4)
pendekatan yang utama seperti berikut :
- Kemanusiaan (Humnistic)
- Psikoanalisis
- Kognitif
- Tingkah Laku (Behavioral)
Terapi yang diaplikasikan dalam intervensi terdiri daripada :
|
|
SISTEM RUJUKAN
- Bagi pesakit, rujukan adalah daripada pegawai perubatan hospital dan klinik kerajaan.
- Bagi warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia, rujukan adalah daripada ketua Jabatan/ Ketua Unit/ Penyelia.
- Bagi pelatih di Institusi latihan KKM, rujukan adalah daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal pelatih / Timbalan Pengarah Akademik/ Pengajar.
- Bagi warga kerja dan pelatih KKM boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling
secara sukarela (Self-Referral).
WAKTU OPERASI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
| Hari | Masa | Rehat |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang | 1.00 tengahari - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang | 11.30 pagi - 2.00 petang |
| Sabtu-Ahad | Cuti | |
Beroperasi mengikut waktu pejabat
Cuti umum adalah cuti.

STEPHENNUS STANLEY CHIAM
Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U9
Unit Pemulihan Carakerja telah memulakan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) sekitar tahun 2010. Unit Pemulihan Carakerja, HQE II mempunyai 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja, 13 orang Jurupulih Perubatan Carakerja dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Pemulihan Carakerja, HQE II menerima rujukan dalaman daripada Jabatan Kardiologi, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Jabatan Pediatrik Kardiologi, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan Neurosurgeri, Jabatan Ortopedik, Jabatan Pembedahan Am, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Unit Pembedahan Payudara dan Endokrin, Unit Pembedahan Vaskular dan Unit Penjagaan Luka & stoma. Selain itu, Unit Pemulihan Carakerja HQE II turut menerima rujukan luar daripada Hospital dan Klinik Kesihatan sekitarnya, hospital dan klinik swasta, dan hospital-hospital daerah lain di Sabah termasuk dari Lawas, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Unit Pemulihan Carakerja Hospital Queen Elizabeth ll bertekad untuk mencapai reputasi dalam menyumbang kepada kesihatan umum bagi pesakit yang dirujuk melalui proses Pemulihan Carakerja ke arah individu yang berdikari dari segi fizikal, mental, sosial dan pekerjaan
Menyampaikan intervensi pemulihan carakerja yang berkualiti tinggi dengan memfokuskan pada keupayaan kefungsian fizikal, kognitif dan kesihatan mental untuk membantu meningkatkan keberdikarian dalam aktiviti kehidupan seharian, kehidupan rutin harian dan kembali bekerja.
- Untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan pemulihan carakerja yang holistik, selamat, tepat dan berkesan.
- Memberikan perawatan intervensi yang komprehensif untuk menyokong proses pemulihan individu ke tahap optimum bagi kes-kes pesakit jantung, pembedahan neuro, ortopidik, pembedahan payudara, strok, perubatan am, kesihatan mental dan lain-lain jenis pesakit yang dirujuk.
- Pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional.
- Pelanggan yang dirujuk akan melalui prosedur Pemulihan Carakerja.
- Setiap pesakit dalam yang dirujuk dan telah didaftarkan di Unit Pemulihan Carakerja akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 24 jam hari bekerja.
- Setiap pesakit luar yang dirujuk dan telah didaftarkan di Unit Pemulihan Carakerja akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
- Masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan susulan Pemulihan Carakerja adalah dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
- Pelanggan akan diberi temujanji susulan sekiranya rawatan lanjutan diperlukan.
- Pelanggan akan dimaklumkan apabila discaj atau rawatan ditamatkan.
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja akan diberikan mengikut temujanji dan atau keadaan pesakit.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan Pemulihan Carakerja.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit, dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dilindungi dan dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
Unit Pemulihan Carakerja memberikan perkhidmatan kepada Pesakit Dalam, Pesakit Luar dan Komuniti seperti:
- Pemulihan Jantung (Kanak-Kanak Dan Dewasa) Cardiac Rehabilitation (Adult & Pediatric)
- Pemulihan Kardiotorasik Dan Pulmonari (Cardiothoracic & Pulmonary Rehabilitation)
- Pemulihan Musculoskeletal (Musculoskeletal Rehabilitation)
- Pemulihan Tangan Dan Anggota Atas (Hand And Upper Limb Rehabilitation)
- Pemulihan Ortopidik Am (General Orthopedic Rehabilitation)
- Pemulihan Amputasi (Amputation Rehabilitation)
- Pemulihan Perubatan Am (General Medical Rehabilitation (Endocrine/Obesity)
- Pemulihan Neuro & Pembedahan Neuro (Neuro & Neurosurgery Rehabilitation)
- Pemulihan Pembedahan Am (General Surgery Rehabilitation (Breast & Vascular)
- Pemulihan Spinal (Spinal Rehabilitation)
- Pengukuhan Bekerja & Kembali Bekerja (Work Hardening & Return To Work)
- Pemulihan Psikiatrik (Psychiatric Rehabilitation)

Lokasi: Aras 3No. Tel: 088-324600 Samb: 3060 Waktu Operasi:Isnin - Khamis 08.00AM – 01.00PM & 02.00PM – 05.00PM Jumaat 08.00AM – 11.30AM & 02.00PM – 05.00PM Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup |
PENGENALAN
Perkhidmatan Penjagaan Luka dan Stoma di Hospital Queen Elizabeth II ditubuhkan pada Julai 2015. Dianggotai oleh 3 orang Pegawai perubatan, seorang Ketua Jururawat, 3 orang Jururawat U29, seorang Pembantu Pegawai Perubatan U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.
VISI
Menyediakan perkhidmatan penjagaan luka dan stoma dengan cekap, optimum, efisien dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.
MISI
Menjadi perkhidmatan pakar yang cemerlang, menggunakan perawatan yang terkini dan berpatutan dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan diagnosa, perawatan rehabilitasi yang berkualiti kepada pesakit yang mengalami luka kronik.
- Menyediakan konsultasi dan perawatan pra pasca pembedahan kepada pesakit yang dirancang serta yang telah mempunyai stoma.
- Menggalakkan dan menjalankan program latihan dan penyelidikan serta merancang aktiviti-aktiviti yang akan mendatangkan kemajuan dalam bidang-bidang yang berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Sentiasa komited, telus dan cekap di dalam menjalankan kaunseling dan perawatan kepada pesakit.
- Pelanggan dalaman akan menerima rawatan dalam tempoh 24 jam waktu bertugas selepas borang rujukan diterima ketika waktu pejabat.
- Maklumat peribadi, keluarga, penyakit dan rawatan pesakit akan dirahsiakan.
- Perkhidmatan perawatan pelanggan unit akan diberi mengikut giliran dan keutamaan serta keperluan pesakit terutamanya warga emas,, wanita mengandung serta orang kurang upaya.
- Sentiasa menyediakan persekitaran yang kemas, bersih dan selamat semasa perawatan sedang dijalankan.
- Setiap pelanggan luaran akan diperiksa dalam tempoh 90 minit daripada masa temujanji di klinik.
SKOP PERKHIDMATAN
Peranan dan fungsi unit ini dibahagikan kepada tiga komponen:
- Klinikal
- Pengurusan
- Latihan
KLINIKAL
Subkepakaran ini memberi perkhidmatan klinikal termasuk perkhidmatan penggalakan, pencegahan, penyembuhan dan pemulihan di klinik-klinik seperti berikut:
- Klinik Penjagaan Luka Dan Stoma
- Kaunseling pre-op dan post op bagi kes-kes stoma
Sebagai sebuah pusat rujukan negeri Sabah, ia akan memberi perkhidmatan perundingan dalam isu-isu terkini dalam bidang penjagaan luka dan stoma seperti berikut:
- Hospital-hospital daerah tanpa pakar di bahagian Pantai Barat Sabah,
- Klinik-klinik Kesihatan kerajaan di kawasan Kota Kinabalu serta daerah-daerah berdekatan dan
- Klinik-klinik swasta kawasan Kota Kinabalu yang memerlukan rujukan penjagaan luka lanjutan.
PENGURUSAN
Menyediakan statistik peringkat hospital, JKNS serta KKM mengikut jadual yang ditetapkan.
- Melaksanakan aktiviti-aktivit kualiti dan penyediaan laporan seperti, laporan bulanan, laporan tahunan aktiviti unit serta menyediakan takwim unit untuk dimuatkan ke dalam takwim hospital.
LATIHAN
Sesi latihan yang berjadual juga dijalankan:
- Pendidikan Perubatan Berterusan (CNE) unit
- Clinical case discussion
- Seminar dan bengkel penjagaan luka dan stoma peringkat hospital
- Pendidikan Perubatan Lanjutan di dalam atau di luar negeri
- Pusat latihan penjagaan luka dan stoma peringkat negeri anjuran JKNSabah
- Latihan sangkutan kepada paramedic unit kesihatan
- Ceramah latihan post-basic Diabetis KSKB Kota Kinabalu
WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Jumaat – 8.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
Unit Penjagaan Luka & Stoma
Ext - 2064
VISI
Unit ini komited dalam memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja hospital
MISI
Ke arah penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja HQE ll agar anggota dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti semasa menjalankan tugas.
OBJEKTIF –
- Untuk menyediakan aksess perkhidmatan yang mudah kepada warga kerja HQE ll
- Memantau saringan kesihatan dikalangan warga kerja berumur 40 tahun ke atas
- Pengesanan awal bagi penyakit “Non Communicable Disease” dikalangan warga kerja
- Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, mesra, dan berkualiti.
- Perkhidmatan akan diberi mengikut keutamaan keadaan atau giliran pelanggan. keutamaan diberikan kepada anggota yang datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan kemudian anggota yang datang pemeriksaan Medical Check Up 40 tahun ke atas.
- Klinik anggota akan menjaga maklumat kerahsiaan peribadi, penyakit dan rawatan yang diberi kepada pelanggan terjamin.
- Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa serta selamat disediakan.
- Rawatan Primary-care (zon hijau)
- Saringan TB dikalangan anggota
- Menjalankan Medical Surveillence
- Unit Penggangkutan
- Jabatan radiologi
- Unit Sajian
- Pemeriksaan 40 tahun keatas
- Saringan Penyakit Non-cummicable disease (NCD) KPI 3.5
- Sharp Injury Surveillence
- Saringan Hepatitis B
- Medical check up Further study
- Pemberian vaksin ( Influenza, Typoid)
WAKTU BEROPERASI
HUBUNGI KAMI





