PROFIL UNIT DEWAN BEDAH 
1. Pengenalan
Dewan bedah Hospital Kinabatangan terletak berhadapan wad maternity dan berkongsi bangunan dengan unit CSSD. Unit ini telah berfungsi sejak penubuhannya pada tahun 1999 dibawah jagaan seorang Medical assistant yang kini dikenali sebagai Penolong pegawai perubatan Kanan U32.


2. SKOP PERKHIDMATAN
1)    Menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk pembedahan dan prosedur Diagnostik kepada pesakit.
2)    Memberi perkhidmatan pembiusan kepada pesakit samada keseluruhan atau sebahagian (General and Regional Anaesthesia).
3)    Dewan Bedah juga memberi perkhidmatan bagi Lawatan Pakar Berjadual dari HDOK iaitu terdiri daripada disiplin Pembedahan Am,O&G dan Orthopedik.
Bagi kes-kes ASA 1 & ASA 2 (dibawah pemantauan Pakar dari HDOK)
•    Bagi kes-kes berisiko tinggi & kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun akan di refer ke HDOK.


3. VISI
Memberi perkhidmatan pembedahan yang cekap,cemerlang dan berkualiti.

4. MISI
i)    Memastikan komplikasi pembedahan sebelum,semasa dan selepas proses pembedahan dijalankan dapat diminimakan.
ii)    Memastikan pembedahan berjalan lancar dengan melakukan persediaan rapi berkaitan fail pesakit,borang keizinan dan pemberian pre-medication mengikut polisi terkini.
iii)    Menyediakan persekitaran yang selamat dengan memastikan keperluan pembedahan telah disucuhama dan mengamalkan Teknik aseptic surgical yang betul bagi mengelakkan jangkitan silang berlaku.

5. OBJEKTIF
1.    Memberi perkhidmatan pembedahan yang cekap serta berkesan untuk memudahkan penyembuhan awal  dan maksima kepada pesakit.
2.    Memberi perkhidmatan anaestesia yang berkualiti dan selamat.
3.    Merancang program Latihan kepada anggota-anggota dewan bedah bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam Teknik dewan bedah.

6. PIAGAM PELANGGAN
1.    Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra bertimbang rasa,hormat,bersopan santun,jujur & ikhlas.
2.    Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan,keselamatan,kepentingan dan kerahsiaannya.
3.    Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai jenis prosedur ,jenis pembiusan serta risikonya.
4.    Setiap pelanggan akan diberi penjagaan rapi semasa prosedur pembedahan berjalan .selepas pembedahan dan sehingga pelanggan dibenarkan Kembali ke wad masing-masing.