WAD LELAKI, HOSPITAL KINABATANGAN
Email :
Alamat : Wad Lelaki,Hospital Kinabatangan, WDT 200, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah.
Telepon : 089561857 EXT 157
KETUA UNIT: KJ SITI AMINAH BINTI YATIM @ RUSLAN
HP: 0168282604/0137897342
1.0 Pengenalan Unit
1. Wad lelaki mula beroperasi sejak 6 ogos 1919 iaitu serentak dengan pembukaan wad bersalin.
2. Wad lelaki memberi perkhidmatan perubatan am.Merupakan wad kemasukan pesakit lelaki dengan multidisiplin.
3. Mempunyai 25 buah katil, termasuk 2 bilik kelas pertama dan 2 bilik pengasingan.
4. Bermula dari tahun 2022, Wad Lelaki telah dipertanggungjawabkan untuk menerima pesakit covid 19 di seluruh hospital kecuali untuk kes obstetrik 28 minggu ke atas.( hanya 5 katil sahaja disediakan ).
5. Hanya 1 Bilik Kelas Pertama beroperasi setakat ini. (2023).
2.0 VISI
Untuk Menjadikan Wad Lelaki Sebagai Peneraju Kecemerlangan Dalam Perawatan Dan Perkhidmatan Hospital Kinabatangan.
3.0 MISI
Memacu transformasi perawatan dan pengurusan hospital Kinabatangan untuk meningkatkan kualiti melalui pemerkasaanmengikut prosedur dan peraturan yang termaktub.
4.0 OBJEKTIF
1. Memastikan semua staff mematuhi dan mengikut standard prosedur kerja yang betul.
2. Membentuk staff yang berwibawa dan melahirkan tenaga perawatan dan pengurusan yang terlatih, berketrampilan, dedikasi dan berintegriti.
3. Menghasilkan sistem perawatan dan pengurusan yang berteraskan nilai dan etika kemanusiaan.
5.0 PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra dan bersopan santun.
2. Selepas tiba di wad,setiap pesakit dan keluarga mereka diberi maklumat sewajarnya mengenai kemasukan ke wad.
3. Pesakit akan diberikan katil yang siap disediakan sserta merta selepas tiba di wad.
4. Pemeriksaan susulan ke atas pesakit akan dibuat oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit dari masa pesakit dimasukkan ke wad.
5. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya dipelihara semasa menerima rawatan.
6. Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang.
6.0 PERKHIDMATAN
1. Menyediakan kemudahan bagi penilaian diagnose perawatan dan pemulihan bagi pesakit berumur 13 tahun dan ke atas yang beroperasi 24 jam,
2. Memberikan pendidikan kesihatan kepada semua pesakit sebelum discaj.
3. Menjalankan perawatan secara kompeten mengikut SOP dan CPG yang telah ditetapkan agar dapat mengurangkan kompikasi dan dapat mencapai tahap pemuihan yang optimum, mengurangkan tempoh di dalam wad serta menerima perawatan dan penjagaan yang selamat.
4. Memberi rawatan penyembuhan dan layanan yang memuaskan dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan discaj ke rumah.
5. Perawatan untuk penyakit berjangkit dan rawatan luka.
6. Perawatan dan penyediaan pesakit untuk pembedahan kecil.
7. Rujukan pesakit ke hospital pakar untuk menerima rawatan lanjut.
8. Menerima pesakit dari hospital berpakar untuk meneruskan perawatan dan sementara menunggu kemasukan ke rumah kebajikan / warga tua.
9. Rawatan untuk pesakit thallasemia.
10. Perkhidmatan latihan untuk ipta/ipts.
7.0 MASA MELAWAT
1. Masa melawat adalah seperti yang tertera di bawah dan hanya dibenarkan melawat pada masa tersebut kecuali mendapat pengecualian daripada pihak wad.
Tengahari :12.30 pm – 2.00 pm
Petang : 4.30 pm – 7.30 pm
Hujung Minggu/Cuti Umum :12.30 pm – 7.30 pm
2. Pelawat/orang awam hanya boleh dibenarkan masuk ke dalam wad pada masa melawat sahaja ataupun sekiranya Pegawai Perubatan yang bertugas ingin berjumpa dengan ahli keluarga.
3. Pada setiap kali lawatan, hanya dibenarkan 2 orang sahaja dan bergilir-gilir setiap kali lawatan.
4. Kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah dilarang sama sekali untuk melawat pesakit .
5. Semua pelawat atau orang awam wajib untuk menggunakan pelitup muka ketika melawat.
6. Bagi kes-kes penyakit berjangkit, hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk secara bergilir. Patuhi arahan untuk menggunakan PPE yang bersesuaian dan cuci tangan sebelum masuk dan selepas keluar daripada kawasan pesakit tersebut.
7. Pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar atau video ketika sesi lawatan dilakukan.
8. Semua pelawat tidak dibenarkan untuk membuat bising ketika sesi lawatan/ duduk di ruangan katil kosong sehingga menganggu pesakit lain.
9. Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa sebarang senjata berbahaya/tajam/mudah terbakar atau apa sahaja bahan yang boleh membahayakan kakitangan, pesakit dan persekitaran wad.
10. Pelawat tidak digalakkan untuk membawa makanan dari luar kerana pesakit telah disediakan makanan dari Pihak Sajian hospital bersesuaian dengan penyakit yang dihidapinya namun di izinkan setelah dibenarkan.
11. Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa makanan yang tidak halal ke wad.
12. Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa buah –buah yang mempunyai bau yang kuat seperti durian dan mempunyai warna yang kuat seperti manggis.
13. Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan ke wad.
14. Pelawat di bawah pengaruh dadah dan mabuk tidak dibenarkan untuk masuk melawat ke dalam wad.
15. Pelawat hendaklah memakai pakaian yang sopan ketika melawat.
16. Pelawat dilarang untuk mengancam/menggunakan kekerasan terhadap kakitangan ataupun menimbulkan pergaduhan di kawasan hospital dan tindakan polis akan dijalankan sekiranya berlaku.
17. Pihak Kawalan Keselamatan berhak untuk membuat teguran dan sebarang tindakan terhadap pelawat/orang awam yang tidak mematuhi peraturan Hospital.