PIAGAM PELANGGAN WAD KANAK-KANAK 

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra dan bersopan santun.
Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga mereka akan diberi maklumat sewajarnya mengenai  kemasukan ke wad.
Setiap pesakit diberikan katil yang telah siap sedia dalam masa 10 minit.
Setiap pesakit akan diperiksa oleh Doktor dalam masa 45 minit.
Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan.
Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Memastikan kadar Healthcare Associated Infection (HCAI) tidakmelebihi 0.1%.