PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK HOSPITAL KINABATANGAN
setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun serta jujur dan ikhlas.
setiap pesakit diberikan jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan x-ray.
setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur pemeriksaan x-ray.
setiap pesakit yang memerlukan temujanji akan diberikan tarikh temujanji dan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan x-ray.
masa untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan mendapatkan filemnya adalah dalam masa 25 minit sahaja.
keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kemalangan dan kecemasan, warga tua dan kanak-kanak.