1.    PENGENALAN
 Unit CSSU terletak bersebelahan dengan Dewan Bedah dan berhadapan dengan Maternity /wad Bersalin. Beroperasi sejak 1999 hingga kini.

2.    OBJEKTIF UNIT
2.1    Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan dengan tujuan mencegah  dan mengawal infeksi di Hospital dengan memenuhi keperluan peralatan dan bahan steril di setiap unit / wad.


Fungsi 
2.2    menerima,mencuci,memeriksa,membungkus dan mensteril peralatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan semua unit.
2.3    Membekal peralatan steril serta pek-pek steril kepada semua unit dan wad Hospital Kinabatangan.
2.4    Menyediakan dan membekalkan steril linen pack untuk semua prosedur Dewan Bedah dan juga unit / wad yang memerlukan.
2.5    Menyediakan dan membekalkan bahan-bahan pembebat (soft dressing)
2.6    Menerima peralatan set dan bahan-bahan pembebat dari pusat kesihatan,klinik kesihatan serta Hospital berdekatan untuk diautokleb.


3.    VISI 
 Menyediakan pensterilan yang berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini   
 disamping anggota yang professional untuk meningkatkan taraf perawatan pelanggan.


MISI
Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan yang berkualiti dengan  
penggunaan teknologi semasa dengan menekankan kepada aspek keselamatan yang   berterusan

OPERASI

-Masa operasi adalah mengikut waktu pejabat:

Isnin  - Jumaat  (8.00 pagi  – 5.00 petang) 
Sabtu ,Ahad & Hka – Tagging Oncall / atas panggilan

Penerimaan peralatan terpakai setiap hari : 8.00 pagi  – 9.30 pagi

Pengagihan peralatan steril setiap hari :2.30 petang  – 4.30 petang