LATAR BELAKANG/ PENGENALAN
Jabatan Farmasi Hospital Kinabatangan (HKK) merupakan perkhidmatan sokongan klinikal. Fungsi jabatan ini adalah perolehan dan pembekalan ubat-ubatan, reagent, gas perubatan dan peralatan pakai buang untuk kegunaan pesakit, memberi khidmat nasihat melalui perkhidmatan kaunseling, ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ (MTAC), Pusat Maklumat ubat dan racun dan analisis farmakokinetik (Therapeutic Drug Monitoring). Kini Jabatan Farmasi mempunyai 8 Pegawai Farmasi , 5 Penolong Pegawai Farmasi serta 3 kumpulan sokongan pelbagai gred.

SKOP PERKHIDMATAN JABATAN FARMASI

Memastikan bahawa semua pesakit menerima ubat - ubatan yang berkualiti untuk tempoh yang bersesuaian bersama dengan maklumat ubat - ubatan berkenaan.
Memberikan perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.


VISI

Membentuk satu jabatan farmasi yang berkemampuan menampilkan perkhidmatan farmasi yang cekap, penuh dedikasi dan sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak pelanggan melalui tenaga kerja yang profesional.


MISI

Memastikan semua warga memperolehi produk farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.


OBJEKTIF

0% kesilapan pengubatan


NILAI

Kerja berpasukan

 

PIAGAM PELANGGAN 
FARMASI PESAKIT LUAR
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

FARMASI PESAKIT DALAM 
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam semasa waktu pejabat.

FARMASI LOGISTIK
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
1.     Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
2.     Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 5 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

Farmasi Ambulatori

Perkhidmatan Farmasi Ambulatori:

Menyediakan perkhidmatan farmasi ambulatori dan kepada semua pelanggan ambulatori seperti jabatan kecemasan dan trauma, Klinik Pakar Lawatan, pesakit discaj dari wad dan pesakit rawatan harian.

Melaksanakan perkhidmatan farmasi ambulatori seperti dibawah berdasarkan akta, peraturan, polisi, garis panduan atau protokol yang ditetapkan.
●    Pendispensan ubat
●    Pendispensan Dadah Merbahaya & bahan psikotropik
●    Sediaan Ektemporanus
●    Kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kepada pesakit luar.
●    Medication therapy Adherence Clinic ( MTAC)
●    Perkhidmatan maklumat Ubat (Drug Information Service)
●    Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit
●    Pemantauan Kesan Advers Ubat (ADR)
●    Pemantauan Kesilapan Pengubatan (Medication Error) yang berlaku
●    Perkhidmatan Nilai Tambah (Value Added System) bagi memudahkan pembekalan ubat kepada pelanggan mengikut pilihan yang dikehendaki oleh pelanggan iaitu:-
●    Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) - Membolehkan pelanggan mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan di fasiliti KKM di seluruh Negara yang dipilih oleh pelanggan.
●    Kad Temujanji - Membolehkan pelanggan mendapatkan bekalan ubat-ubatan melalui temujanji yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
●    Letak dan Ambil - Pelanggan hanya perlu meletakkan preskripsi di tempat yang telah disediakan dan mengambil bekalan ubat 2 jam kemudian, tanpa perlu menunggu di kaunter.

Waktu Perkhidmatan Farmasi Ambulatori

Hari Masa Catatan
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm Rehat 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm Rehat 11.30 am - 2.00 pm
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am 9.00 am - 1.00 pm Perkhidmatan Farmasi hanya bagi membekalkan kepada pesakit dari Unit Kecemasan & Trauma, pesakit keluar dari wad (Discaj)

 

Farmasi Pesakit Dalam

Menyediakan perkhidmatan farmasi bekalan wad kepada wad dan unit seperti Jabatan Kecemasan dan Trauma, semua Wad, Jabatan Pesakit Luar, Unit Hemodialisis, Dewan Bedah dan lain-lain.

Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam 

●    Membekal ubat kepada wad dan unit melalui stok wad (floorstock) dan carta pengubatan.
●    Mengamalkan pembekalan ubat secara Modified Unit Dose (MUDS) dan Unit Of Use (UoU). Membungkus ubat secara MUDS untuk memudahkan administrasi ubat kepada pesakit.
●    Memberikan perkhidmatan kaunseling pesakit di dalam wad.
●    Melakukan pemeriksaan ubat-ubatan ke wad dan unit setiap 4 bulan (3 kali setahun untuk memastikan kaedah penyimpanan ubat yang betul di wad dan unit.
●    Pemantauan kesilapan pengubatan (Medication Error) yang berlaku.

HARI   PAGI REHAT PETANG
Isnin – Khamis 8 pagi – 1 petang 1 petang – 2 petang 2 petang – 5 petang
Jumaat 8 pagi – 11.30 pagi 11.30 pagi – 2 petang 2 petang – 5 petang
Sabtu, Ahad & Kelepasan Am 9 pagi – 1 petang  Tutup Tutup

 

Waktu Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

Farmasi Galenikal dan Prabungkus
●    Membekal sediaan ubat galenikal internal dan eksternal untuk kegunaan farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam, wad dan unit.
●    Menyediakan ubat secara ekstemporaneous kepada individu pesakit luar melalui preskripsi dan pesakit dalam wad melalui carta pengubatan mengikut keperluan.
●    Membungkus semula ubat (prabungkus) dalam unit yang lebih kecil dan sesuai untuk kegunaan individu pesakit.

Perkhidmatan Farmakokinetik:

●    Memantau semua permintaan untuk menjalankan ujian pemonitoran ubat terapeutik (TDM).
●    Menganalisa keputusan kepekatan ubat dalam darah untuk menentukan dos rejimen ubat yang sesuai untuk mengoptimumkan rawatan pesakit.

Perkhidmatan Farmasi Klinikal

Perkhidmatan Farmakoterapi:

●    Menyediakan perkhidmatan farmakoterapi wad yang ada di Hospital Kinabatangan seperti Perubatan dan Paediatrik bagi memastikan penjagaan farmaseutikal untuk pesakit di dalam wad.
●    Perkhidmatan pendispensan dan kaunseling untuk pesakit discaj.
●    Mengadakan aktiviti rondaan (Pharmacist’Round) didalam wad secara berkala dan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan semasa rondaan wad bersama pegawai perubatan.

Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun

●    Menyediakan Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun kepada Orang Awam/ Kakitangan Hospital.
●    Menguruskan pengesanan dan Aduan Kesan Advers Ubat (ADR)
●    Menguruskan pengesanan dan aduan Alahan Ubat
●    Merangka dan menerbitkan Buletin aktiviti dan Maklumat Ubat-Ubatan.
●    Menguruskan Pembelajaran Farmaseutikal Berterusan (Continuous Pharmaceutical Education).
●    Menyedia dan mengemaskini dari masa kesemasa senarai fomulari ubat-ubatan di Hospital Kinabatangan.
Farmasi Logistik
Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan:

●    Menguruskan perolehan secara terancang dan perbelanjaan berhemah dengan mengaplikasi konsep ABC/VEN analisis dalam perancangan pembelian.
●    Pembekalan Ubat dan bukan ubat kepada unit pengguna.
●    Memastikan kawalan ke atas stok ubat-ubatan dan “consumable” item dilaksanakan dengan terperinci.
●    Pengurusan dan pemeriksaan stok: mewujudkan sistem pemantauan ubat lambat bergerak yang bertarikh luput termasuk Item LOU.
●    Pengurusan Produk Panggil Balik (Recalled Products)
●    Pengendalian Pelupusan Stok Yang Luput atau Rosak.

MAKLUMAT KETUA JABATAN
Ketua Jabatan: Pn. Shim Yee Wei 
Telefon: 089561857 Ext.118
Alamat emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.