UNIT PEMULIHAN CARAKERJA HOSPITAL KINABATANGAN
 
 
1. LOKASI
Pemulihan carakerja memulakan khidmatnya di Hospital Kinabatangan pada 25.09.2006. Unit ini bersama Unit Fisioterapi diletakkan di bawah Unit Rehabilitasi.
 
2. OBJEKTIF
2.1 Untuk mempromosi, membentuk dan membantu dalam mempertingkatkan, mencapai serta mengekalkan tahap kefungsian harian dan kesihatan seseorang individu melalui perkhidmatan pemulihan carakerja yang berkualiti bagi meminima/mencegah ketidakupayaan. 
2.2 Melaksanakan aplikasi-aplikasi dan kajian-kajian kualiti yang berkaitan bagi mempertingkatkan serta mencapai kualiti keberkesanan dan kecemerlangan perkhidmatan. 
2.3 Bekerjasama dengan disiplin lain bagi mencapai misi, visi dan objektif Hospital Kinabatangan. 
 
3. PIAGAM PELANGGAN UNIT PEMULIHAN CARAKERJA HOSPITAL KINABATANGAN
3.1 Setiap pelanggan, akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, sopan santun, jujur dan ikhlas.
3.2 Setiap pelanggan akan diberikan pendidikan pesakit berpandukan diagnose.
3.3 Setiap pesakit luar yang dirujuk akan menerima rawatan/pemulihan pada 3 hari bekerja bermula daripada tarikh rujukan. 
3.4 Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas didaftarkan.
3.5 Rawatan susulan / ulangan akan diberi mengikut temujanji. 
 
4. FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
4. 1 Unit Pemulihan Carakerja Hospital Kinabatangan menyediakan perkhidmatan rawatan untuk pesakit dalam dan pesakit luar. Unit Pemulihan Carakerja Hospital Kinabatangan juga menerima rujukan daripada Klinik Kesihatan di sekitar daerah Kinabatangan dan juga rujukan daripada hospital kerajaan lain contohnya Hospital HDOK Sandakan. Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan:
 
4.1.1 Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik
-Tangan dan anggota atas
-Muskuloskeletal
-Amputasi
-Kecederaan saraf periferi
                 4.1.2     Pemulihan Carakerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
      -Adult Psychiatry
                      -Kanak-kanak dan remaja                      
               -Pemulihan Psikososial
   4.1.3     Pemulihan carakerja di bidang Pediatrik
   -Neurologi Pediatrik
   -Neonatal
   4.1.4    Pemulihan Carakerja di bidang Perubatan Am
   4.1.5    Pemulihan Carakerja di bidang Neuorologi
 
5. MODALITI RAWATAN
- Activity of Daily Living Assessment and Training
- Aids Adaptation / Assistive Devices
- Behavioural Therapy
- Cognitive And Perceptual Training
- Compression Therapy
- Creative Therapy
- Social Skills Training
- Relaxation Therapy / Stress Management
- Low Vision Rehabilitation
- Domestic Rehabilitation
- Fine Motor / Hand Function Training
- Gross Motor/Functional Mobility
- Patient’s and Career’s Education
- Play and Leisure (Exploration and Training)
- Sensory Integration Training
- Wheelchair Training
- Work Rehabilitation
- Splint
- Sensory Screening and Foot Ware for Diabetic
- Obesity – Behaviour / Lifestyle Modification
- Worker’s Health and Safety
- Elderly Program – Prevention of Fall, Dementia/Alzheimer
- Hypertension – Relaxation Therapy / Stress Management
 
6. POLISI DAN PROSEDUR
 
6.1 POLISI TERAS
6.1.1 Perkhidmatan Pemulihan Carakerja hanya diberikan oleh Pegawai Perubatan/ Jurupulih Carakerja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
6.1.2 Jurupulih Carakerja perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard sedia ada.
6.1.3 Pelanggan akan menerima Perkhidmatan Pemulihan mengikut polisi teras.
 
6.2 SISTEM RUJUKAN 
1. Jabatan Pemulihan Carakerja akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dan lain-lain professional daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Semua rujukan mestilah secara bertulis.
2. Semua rujukan hendaklah menggunakan borang rujukan rasmi mengikut institusi yang berkenaan dengan maklumat lengkap pesakit perlualah disertakan. 
 
 
6.3 WAKTU OPERASI 
 
ISNIN – KHAMIS
8.00 PAGI – 1.00 PETANG
2.00 PETANG – 5.00 PETANG
 
JUMAAT
8.00 PAGI – 11.30 PAGI
2.00 PETANG – 5.00 PETANG
 
Unit Pemulihan Carakerja ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am. 
 
6.4 CAJ RAWATAN
Caj rawatan pesakit adalah mengikut Akta Fee 1982
1. Pesakit Warganegara Malaysia akan dikenakan caj rawatan sebanyak RM 1.00 untuk rawatan kedua hingga discaj. 
2. Pesakit yang mengeluarkan surat jaminan dari majikan untuk kakitangan awam dikecualikan daripada sebarang bayaran. 
3. Bagi pesakit warga emas yang berumur diatas 60 tahun dikecualikan daripada membuat bayaran serta pesakit yang mempunyai kad oku (ORANG KELAINAN UPAYA) juga dikecualikan daripada dikenakan  bayaran. 
4. Bagi pesakit yang dirujuk daripada Klinik Swasta atau Pusat Perubatan Swasta hendaklah berurusan dengan Unit Hasil Hospital Kinabatangan terlebih dahulu bagi urusan pembayaran sebelum mendapatkan rawatan Pemulihan Carakerja. 
5. Bagi pesakit bukan warganegara, caj pendaftaran adalah sebanyak RM40.00 . Caj rawatan bergantung kepada jenis rawatan yang diterima. (Rujuk Lampiran 1 bagi kadar bayaran bagi setiap jenis rawatan) 
 
6.5 SISTEM TEMUJANJI
6.5.1 Temujanji pesakit direkod dalam buku temujanji 
6.5.2 Bagi pesakit luar, mereka akan diberi kad temujanji sebagai pesakit luar.
6.5.3 Bagi pesakit dalam, sekiranya pesakit sudah discaj daripada wad dan memerlukan rawatan susulan sebagai pesakit luar, surat rujukan baru haruslah dikeluarkan. 
6.5.4 Temujanji pesakit akan diberi berdasarkan kondisi , keperluan pesakit dan mengikut Key Performance Indicator (KPI 2 & KPI 3) pesakit dalam dan luar (sila rujuk lampiran).
6.5.5 Jika ada perubahan ke atas tarikh dan masa temujanji pesakit akan dimaklumkan.
 
 
6.5.6Pesakit juga akan diberi nombor telefon Hospital Kinabatangan dan nombor sambungan ke Unit Pemulihan Carakerja bagi membolehkan pesakit menghubungi pihak kami sekiranya terdapat sebarang perubahan temujanji ataupun sekiranya pesakit mempunyai pertanyaan berkaitan temujanji.
 
6.6 SESI RAWATAN
-Frekuensi dan intensiti sesi rawatan ditentukan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja.
-Kerahsiaan pesakit akan diutamakan.
-Sesi rawatan akan dijalankan dalam tempoh minimum 30 minit bermula daripada masa temujanji.
-Setiap sesi rawatan akan didokumenkan di dalam rekod perubatan pesakit atau si sistem computer. 
-Sekiranya pesakit menunjukkan sebarang kondisi akut semasa melakukan rawatan, pesakit akan dihantar ke Unit Kecemasan untuk rawatan lanjut. 
 
6.7 PESAKIT YANG TIDAK MENJALANI PROGRAM RAWATAN SEPERTI YANG DITETAPKAN (DEFAULTER)
 
1.Pesakit dewasa yang tidak datang selama 1 bulan untuk menjalani program rawatan walaupun telah diberikan temujanji dianggap defaulter. Sekiranya pesakit berkenaan masih memerlukan rawatan selepas tempoh berkenaan, pesakit tersebut akan didaftarkan sebagai pesakit baru.
 
2.Pesakit kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah yang tidak datang selama 3 bulan untuk menjalankan rawatan walaupun telah diberi temujanji dianggap sebagai defaulter. Sekiranya pesakit berkenaan masih memerlukan rawatan selepas tempoh berkenaan, pesakit tersebut akan didaftarkan sebagai pesakit baru.