Pengenalan

Sebagai sebuah hospital yang dilengkapi dengan kemudahan IT, keperluan unit IT amatlah diperlukan dan penting di Hospital Kinabatangan. IT merupakan tulang belakang Hospital Kinabatangan sebagai perhubungan utama maklumat serta kelangkapan-kelangkapan yang berkaitan IT agar perkhidmatan Hospital Kinabatangan tidak lumpuh.
 

Objektif

Bertanggungjawab menyelia dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan semua kemudahan IT termasuk komputer, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kinabatangan.
Memantau, melaksana dan memastikan perlaksaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kinabatangan dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik

Visi 

Untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang terbaik kepada semua pengguna perkhidmatan ICT Hospital Kinabatangan.

Misi 

Untuk menjadikan warga hospital yang mahir menggunakan ICT seiring dengan perkembangan teknologi perubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cemerlang.

Piagam Pelanggan

Memastikan pencapaian 80% dalam menyelesaikan aduan IT pengguna dalam tempoh lima hari bekerja jika tidak melibatkan sebarang penggantian item dan kos.