Unit kerja sosial perubatan
  
Pengenalan / Latar belakang

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

Visi

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

Misi

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

Objektif

Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

Piagam pelanggan

Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.