23 Ogos 2026
  



Kemudahan CT Scan di Hospital Beaufort Sabah

 Berita HBFT   02 Aug 2024

๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ž๐š๐ฎ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ญ ๐’๐ž๐๐ข๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฌ ๐“๐จ๐ฆ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ (๐‚๐“ ๐’๐œ๐š๐ง)

BEAUFORT, 2 Ogos โ€“ Hospital Beaufort telah diwartakan sebagai Hospital Pakar Minor dan telah memulakan perkhidmatan kepakaran secara berfasa sejak Januari 2023. Sehingga hari ini, enam (6) jenis perkhidmatan kepakaran telah ditawarkan dengan tujuh (7) orang pakar penempatan tetap siap sedia berkhidmat kepada pesakit-pesakit di pedalaman bawah Sabah khususnya di daerah Beaufort.

Jabatan Radiologi Hospital Beaufort telah memulakan perkhidmatan Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) di Hospital Beaufort pada hari ini. Dengan adanya kepakaran dan mesin CT Scan ini, rujukan ke Hospital Pakar Major di Kota Kinabalu, kos pengangkutan pesakit dan masa menunggu janji temu akan semakin berkurangan.

Mesin CT Scan yang baru di Hospital Beaufort dapat membuat pelbagai pemeriksaan khusus termasuklah pemeriksaan CT Brain Perfusion untuk kes strok, CT Flouroscopy untuk pengambilan sampel tisu (biopsy), CT Colonography untuk melihat imej 3D dari dalam saluran usus dan banyak lagi pemeriksaan lain. Mesin CT Scan ini juga mempunyai perisian teknologi tinggi untuk mendapatkan imej yang berkualiti seperti Single Energy Metal Artifact Reduction (SEMAR) yang sesuai untuk pesakit yang mempunyai implan.

Selain itu, dengan kelengkapan teknologi komputer yang terkini pada mesin CT scan ini, dos radiasi dapat di kurangkan ke tahap yang paling minimum tanpa menjejaskan kualiti imej yang dibuat. Ini akan memberi impak yang sangat tinggi kepada pesakit terutama sekali pesakit kanak-kanak dengan keupayaan pemeriksaan yang sangat singkat yang akhirnya akan mengurangkan dos radiasi kepada pesakit tersebut.

Secara ringkasnya, pelbagai inisiatif dan usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan agar seluruh masyarakat di pedalaman bawah Sabah dapat menikmati "accessibility" kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi.

#hospitalbeaufort