Wad Obstetrik dan Ginekologi
Pengenalan
Wad Obstetrik Hospital Beaufort terletak di bangunan Block E di bawah Unit Dewan Bedah dengan jumlah 17 katil rasmi.
Skop perkhidmatan utamanya adalah memberi perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu mengandung, menyambut kelahiran bayi dan memberi rawatan asas kepada bayi baru lahir. Wad Obstetrik juga menerima kes rujukan dari Klinik Kesihatan Kerajaan, Swasta dan Hospital kerajaan iaitu Hospital Sipitang dan Hospital Kuala Penyu
Objektif
- Untuk memberi penjagaan dan perawatan yang berkualiti kepada ibu hamil semasa tempoh antenatal,intrapartum dan postnatal untuk mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi.
- Untuk memberi penjagaan yang berkualiti di dalam diagnosa dan perawatan kepada semua pesakit obstertik supaya pesakit dapat pulih dengan cepat tanpa komplikasi dengan mengutamakan hak-hak pesakit.
- Untuk mengurangkan kadar morbidity dan mortality di kalangan ibu dan bayi.
- Meneruskan serta menggalakkan promosi dan pendidikan dalam penyusuan susu ibu.
- Meningkatan kesedaran serta kewajipan pelanggan terhadap penjagaan kesihatan diri masing-masing melalui pendidikan/nasihat yang berkesan.
- Memastikan wargakerja memperolehi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi melalui program pembelajaran berterusan.
Visi
Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti,efektif dan selamat untuk pesakit obstetrik.
Misi
Kami komited meningkatkan kualiti perawatan pesakit obstetrik ke tahap yang optima dengan memberikan pelayanan holistik.
Skop Perkhidmatan
- Menyediakan kemudahan yang selesa dan selamat bagi penilaian diagnose,perawatan, penjagaan antenatal, intrapartum dan postnatal.
- Perkhidmatan diisediakan beroperasi 24 jam sehari.
- Mengendalikan kelahiran biasa, kelahiran dan pembedahan LSCS.
- Memberi suntikan Vitamin K 1 Mg kepada semua kelahiran bayi yang lahir hidup.
- Memberi imunisasi awal kepada bayi baru lahir Hepatitis B dan BCG mengikut jadual yang ditetapkan dalam polisi KKM.
- Menyediakan anggota untuk mengiringi kes obstetric yang dirujuk ke hospital lain.
- Mendaftar setiap kelahiran ke dalam sistem i-Kelahiran dan Sistem Maklumat Rekod Pesakit (SMRP).
- Melaksanakan amalan Hospital Rakan Bayi, Maternal Friendly Care, Hospital Rakan Suami mengikut polisi yang ditetapkan.
Piagam Pelanggan
- Setiap proses kelahiran dikendalikan oleh jururawat dan pegawai perubatan.
- Pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang mempunyai perkhidmatan kepakaran.
- Pesakit akan didaftar, diperiksa dan dinilai oleh jururawat dan pegawai perubatan dalam masa 30 minit
- Pesakit discaj dari wad selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan dalam masa 6 jam
Kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O&G)
Bermula pada 3 Januari 2023, Hospital Beaufort telah memulakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O&G) dengan penempatan Pakar Perubatan O&G secara tetap di Hospital Beaufort bermula 3hb Januari 2023.
Permulaan perkhidmatan kepakaran O&G secara in-house ini membolehkan perkhidmatan rawatan kepakaran yang lebih menyeluruh baik dari segi diagnostik mahupun terapeutik disediakan di Hospital Beaufort dengan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam (kepakaran O&G), sesi Klinik Pakar O&G yang lebih kerap, dan pembedahan bidang O&G secara elektif, di samping perkhidmatan pembedahan kecemasan sedia ada yang ditawarkan di Hospital Beaufort.
Permulaan perkhidmatan kepakaran O&G di Hospital Beaufort ini membolehkan rawatan pembedahan yang lebih rumit atau kompleks dapat dilaksanakan dan usaha ini juga selari dengan usaha program Global Surgery Initiative yang bertujuan untuk mengoptimakan tahap kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan pembedahan yang berkualiti dan selamat.