Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Jabatan Radiologi Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Sokongan Klinikal
Image

Jabatan Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang penting khususnya dalam mengesan sesuatu penyakit. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh unit ini adalah membuat pemeriksaan x-ray.

Jenis pemeriksaan yang ada adalah pemeriksaan radiografi am iaitu mengunakan mesin radiografi konvensional dan juga radiografi mudahgerak. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan khas seperti IVU iaituintravenous urography.

Selain daripada membuat pemeriksaan x-ray, unit ini juga bertanggungjawab sepenuhnya keatas perlindungan radiasi kepada anggota dan pesakit dengan mengamalkan konsep ALARA.

Objektif

Memberi perkhidmatan pemeriksaan x-ray kepada pesakit secara professional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti, tepat dan mudah dianalisa.

Visi

Menyediakan perkhidmatan pengimejan berdiagnostik tinggi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

Misi

Perkhidmatan radiologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai dengan anggota berilmu, berjiwa murni dan peka kepada keperluan pelanggan berteraskan kualiti kerja berpasukan serta profesionalisme.

Skop Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pemeriksaan x-ray kepada pesakit luar dan dalam hospital.

Waktu roperasi bagi unit ini adalah seperti jadual hari berikut:

HARI

PAGI

PETANG

ISNIN – KHAMIS

8.00AM – 1.00PM

2.00PM – 5.00PM

JUMAAT

8.00AM – 11.30AM

2.00PM – 5.00PM

WAKTU REHAT, SABTU,AHAD & CUTI UMUM

Tugas Stay-In Oncall

Tugas Stay-In Oncall akan dibuat oleh Juru X-Ray selepas waktu pejabat mengikut jadual yang telah disediakan

Pada waktu rehat, hari sabtu, ahad dan cuti umum anggota yang bertugas adalah Juru X-Ray stay-in oncall dengan dibantu oleh PPK yang bertugas locum. (8.00 pagi – 5.00 petang).

Unit ini juga menjalankan perkhidmatan x-ray mudah alih ke wad-wad, Unit Kecemasan dan Trauma serta Unit Perubatan Forensik.


Akitiviti Fungsi Utama

1.Pengurusan Pemeriksaan Radiologi Di Kaunter:

  • Pendaftaran Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi
  • Tracing & Despatch Filem Dan Laporan Radiologi

2. Pemeriksaan Radiologi Am/ Biasa

  • Ekstrimiti
  • Dada
  • Abdomen
  • Tulang Pinggul / Pelvis
  • Tulang Vertebra / Tulang Belakang
  • Rangka Kepala

3. Pemeriksaan X-Ray Khas

  • IVU (Intravenous Urography)
  • Pemeriksaan ke atas Sistem Urinari

4. Pemeriksaan X-Ray Mudah Alih

  • Pemeriksaan x-ray di wad-wad, Unit Kecemasa dan Trauma,
  • dan Unit Forensik.

Piagam Pelanggan

Unit Radiologi berkomited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan layanan yang cekap, mesra dan profesional kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan taraf sosio-ekonomi.

Masa menjalani pemeriksaan Radiologi dan mendapat KEPUTUSAN adalah seperti berikut:

  • Proses pendaftaran pesakit dalam masa 5 minit
  • Pemeriksaan radiografi am dalam masa 30 minit
  • Pemeriksaan radiografi am - Kes Urgent/Kecemasan dan Mobile/mudah gerak dalam masa ≤ 45 minit
  • Pemeriksaan berkontras Intravenous Urografi (IVU) dalam masa 1 jam
  • Laporan daripada pakar radiologi dalam masa 16 hari

Mengamalkan konsep ALARA ( As Low As Resonable Achiveable) semasa menjalankan Pemeriksaan Radiologi.