Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Jabatan Pembedahan Am

 Perkhidmatan Klinikal
Image

Jabatan Pembedahan Am

Pengenalan
Bermula pada 1 Februari 2023, Hospital Beaufort telah memulakan  perkhidmatan Kepakaran Pembedahan Am dengan penempatan Pakar Bedah Am secara tetap di Hospital Beaufort 

Permulaan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am secara residen ini membolehkan perkhidmatan rawatan kepakaran yang lebih menyeluruh baik dari segi diagnostik mahupun terapeutik disediakan di Hospital Beaufort dengan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam (kepakaran pembedahan), sesi Klinik Pakar Pembedahan Am & sesi pembedahan elektif yang lebih kerap, serta sebagai asas untuk memulakan pelbagai bidang sub kepakaran pembedahan lain seperti Colorectal surgery, Breast & Endocrine surgery dan sebagainya, di samping perkhidmatan pembedahan kecemasan sedia ada yang ditawarkan di Hospital Beaufort. 

Permulaan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am di Hospital Beaufort ini membolehkan rawatan pembedahan yang lebih rumit atau kompleks dapat dilaksanakan dan usaha ini juga selari dengan usaha program Global Surgery Initiative yang bertujuan untuk mengoptimakan tahap kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan pembedahan yang berkualiti dan selamat.