Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Unit Rekod Perubatan Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Sokongan Klinikal
Image

Unit Rekod Perubatan

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan, Hospital Beaufort terletak di Aras 3, Blok F. Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.

Objektif

  • Menguruskan perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Menyediakan maklumat perubatan pesakit yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat dan boleh dipercayai.

Visi

Menyediakan perkhidmatan maklumat perubatan yang cekap berkesan dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan mesra pelanggan

Misi

Menjadi pusat sumber maklumat perubatan yang cemerlang dan memenuhi keperluan pelanggan

Carta Organisasi

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan rekod perubatan pesakit dalam tempoh 15 minit dari permohonan diterima
  • Menyediakan laporan perubatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima


Skop Perkhidmatan

  • Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
  • Pengurusan Laporan Perubatan 
  • Pengurusan Maklumat dan Statistik kesihatan 
  • Pengurusan Lembaga Perubatan
  • Pengurusan kes Medico-legal
  • Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) dan prosedur ditetapkan 
  • Pemantauan aktiviti-aktiviti kualiti berkaitan Unit Rekod Perubatan

Fungsi

i. Bahagian Perpustakaan Rekod Perubatan

Menyediakan fail Rekod Perubatan Pesakit bagi pesakit yang mendapatkan rawatan

ii. Bahagian Koding

Menyediakan koding bagi diagnosis pesakit yang mendapatkan rawatan

iii. Bahagian Perangkaan & Statistik

Menyediakan laporan harian, bulanan dan tahunan untuk pesakit dalam dan luar untuk rujukan jabatan dan dihantar kepada JKN & KKM

iv. Bahagian Laporan Perubatan

a. Menyediakan Laporan Perubatan bagi permohonan individu, mahkamah, kes polis,post mortem, insurans dan sebagainya

b. Menyediakan laporan bersalin kepada pesakit