Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Countdown Penilaian Akreditasi MSQH

Hospital Beaufort Ke Arah Persijilan Hospital Akreditasi (MSQH Edisi 6) pada 14 - 16 Julai 2025.

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Unit Fisioterapi Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Unit Fisioterapi

Pengenalan

Unit Fisioterapi Hospital Beaufort terletak di Blok C, ianya bersebelahan dengan Unit Radiologi di sebelah kiri, dan Unit Hemodialisis di sebelah kanan. Unit ini berkongsi premis dengan Unit Pemulihan Cara Kerja.

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Beaufort telah beroperasi sejak tahun 1985. Pada peringkat permulaan, Unit Fisioterapi dikendalikan oleh seorang sukarelawan dari Britain sehingga tahun 1987. Selepas itu, ia dikendalikan oleh seorang Penolong Jururawat sehingga 1 Ogos 1998. Unit Fisioterapi dikendalikan sepenuhnya oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi pada 1 Ogos 1998.

Unit Fisioterapi Hospital Beaufort menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Pesakit dirujuk melalui pegawai perubatan di Hospital Beaufort dan hospital kerajaan yang lain, klinik kesihatan kerajaan serta hospital atau klinik swasta.

Visi

Menjadi Pusat Rawatan Fisioterapi yang cemerlang dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat khususnya di Pedalaman Bawah Sabah ke arah meningkatkan kualiti hidup.

Misi

Komited menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan budaya korporat.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan Fisioterapi yang efektif, cekap dan selamat berasaskan Evidence-Based Practice (EBP).
  • Memastikan perkhidmatan yang diberi memenuhi kehendak pelanggan melalui pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), National Indicator Approach (NIA), Piagam Pelanggan dan Kajian Kepuasan Pelanggan.

Piagam Pelanggan

  • Setiap rujukan baru pesakit luar akan diberi temujanji dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan borang rujukan.
  • Setiap rujukan baru pesakit dalam akan diberi perkhidmatan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja pejabat.

Carta Organisasi


Masa Operasi

HARI

WAKTU

Isnin - Khamis

8 pagi – 5 petang

Rehat : 1 petang – 2 petang

Jumaat

8 pagi – 5 petang

Rehat : 11.30 pagi- 2 petang

Sabtu, Ahad

dan Cuti Kelepasan Am

TUTUP

Skop Perkhidmatan:

Perkhidmatan Fisioterapi melibatkan pesakit luar yang dirujuk daripada Hospital Beaufort dan hospital lain, klinik- klinik kesihatan dan hospital swasta. Manakala bagi pesakit dalam pula, rujukan adalah dari wad-wad Hospital Beaufort.

Produk Perkhidmatan

Perkhidmatan Teras:

i. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal

ii. Perawatan Fisioterapi Respiratori

iii. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)

iv. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)

v. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan

vi. Perawatan Fisioterapi Geriatrik

vii. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen

viii. Perawatan Fisioterapi Antenatal/Postnatal


Perkhidmatan Pengkhususan:

i. Perawatan Fisioterapi Lymphedema

ii. Perawatan Fisioterapi Vestibular

iii. Perawatan Fisioterapi Hand & Microsurgery

iv. Perawatan Fisioterapi Hemofilia

v. Perawatan Fisioterapi Burn & Reconstructive Surgery


Perkhidmatan Multidisiplinari:

i. Pemulihan Kardiak

ii. Pemulihan Amputee

iii. Pemulihan Pulmonari

iv. Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)

v. Pemulihan Strok

vi. Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)

vii. Chronic Pain Management

viii. Program Obesiti