Wad Kanak-Kanak
Pengenalan
Wad Kanak-kanak Hospital Beaufort menyediakan perkhidmatan Perawatan Pediatrik Multidisiplin (Perubatan am, pembedahan Am, Orthopedik dan Penyakit Berjangkit ) dan Perawatan Nurseri/Special Care Nusery
Objektif
- Mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
- Memberi rawatan penyembuhan dan layanan yang memuaskan dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan discaj..
- Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu bagi mencapai status kesihatan mengikut kemampuan mereka.
Visi
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan beretika bagi keperluan dan ekspektasi pelanggan
Misi
Meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan pesakit ke tahap yang optima dengan cara kerja yang profesional, penyayang dan kerja berpasukan
Skop Perkhidmatan Wad
Menyediakan perkhidmatan Perawatan Pediatrik multidisiplin ( perubatan am, pembedahan Am, Orthopedik dan Penyakit Berjangkit ) dan Perawatan Nurseri/Special Care Nusery
Pembahagian Katil
Wad Bunga Melur 3 mempunyai tiga puluh enam (36) buah katil rasmi :
- Perubatan : 12 buah katil
- Pembedahan : 10 buah katil
- Orthopedik : 2 buah katil
- Nuseri/SCN : 12 buah katil.
- Special Care Nursery – Ada Tiga (3) buah Incubator,/ Radiant Warmar dan bassenet. Bilik ini terletak berhadapan dengan kaunter Jururawat, dikhaskan untuk merawat pesakit yang menghidap Birth Aspixia/ SNNJ/ Premature baby/ MAS/ RDS yang memerlukan pemerhatian rapi dan rehat secukupnya.
- Pengasingan (Isolation) – Di kubikel 6, mempunyai buah 6 katil. Menempatkan pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit
Piagam Pelanggan
- Pesakit di tempatkan di katil dilaksanakan serta merta.
- Pesakit dinilai dan diberi rawatan oleh pegawai perubatan selepas kemasukan ke wad dalam tempoh 1 jam.
- Pesakit discaj dari wad selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan dalam tempoh 6 jam.