
Hospital Kluster Zon Beaufort merupakan gabungan tiga buah hospital di kawasan Pantai Barat Sabah (Selatan & Pedalaman), iaitu Hospital Beaufort sebagai Lead Hospital, bersama Hospital Kuala Penyu dan Hospital Sipitang sebagai Non-Lead Hospital. Model ini berasaskan konsep integrasi dan kolaborasi seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Hospital-Hospital seluruh Malaysia.
Sebagai hospital pakar minor, Hospital Beaufort memainkan peranan utama dalam memimpin operasi kluster. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan kepakaran dan menjadi pusat rujukan utama bagi pesakit dari Hospital Kuala Penyu, Hospital Sipitang, serta juga daerah Lawas (Sarawak) dan Labuan. Hospital Beaufort juga berperanan memberikan sokongan kepada klinik-klinik kesihatan berhampiran.
Konsep Hospital Kluster
Hospital Kluster adalah inisiatif strategik yang menggabungkan dua atau lebih hospital – termasuk hospital berpakar dan hospital tanpa pakar – dalam satu lokasi geografi untuk membentuk satu entiti organisasi. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan lebih fokus kepada keperluan komuniti setempat.
Pelaksanaan hospital kluster ini adalah langkah penting untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanan perkhidmatan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seiring dengan peningkatan ekspektasi masyarakat terhadap mutu perkhidmatan kesihatan, inovasi dan pembaharuan berterusan amat diperlukan agar perkhidmatan kesihatan kekal relevan, responsif dan memenuhi keperluan rakyat.
Objektif dan Manfaat Pelaksanaan Hospital Kluster Zon Beaufort
- Mengurangkan Kadar Penghuni Katil (Bed Occupancy Rate, BOR) - Mengurangkan BOR di Lead Hospital (Hospital Beaufort) bagi memastikan keberkesanan rawatan pesakit. 
- Meningkatkan BOR di Non-Lead Hospital (Hospital Kuala Penyu dan Hospital Sipitang) dengan pengagihan pesakit secara lebih seimbang. 
 
- Meningkatkan Kecekapan dan Kompetensi Sumber Manusia - Meningkatkan kemahiran dan kompetensi doktor serta paramedik di hospital-hospital Non-Lead melalui program perkongsian kepakaran, latihan, dan bimbingan. 
 
- Mengoptimumkan Perkongsian Sumber - Memanfaatkan sepenuhnya sumber perubatan, logistik, dan fasiliti yang tersedia dalam rangkaian hospital kluster. 
 
- Meningkatkan Akses dan Respons Perkhidmatan Kesihatan - Memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih responsif dan mesra komuniti khususnya kepada penduduk luar bandar di Sabah.ar di Sabah. 
 


