Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Logo Hospital Beaufort

 Profil Hospital
Image
Logo Hospital Beaufort dengan lambang Jata Negara ini digunakan sebagai Logo Rasmi Hospital Beaufort bermula 19 Ogos 2021 berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2021 dengan tajuk Penggunaan Lambang Jata Negara sebagai Logo Rasmi
Image

Manakala, logo disebelah pula merupakan logo asal yang digunakan Hospital Beaufort sejak dari tahun 2002. 

Logo ini telah direka oleh Encik Julius Stephen, bekas Juru X-Ray (U29) di Unit Radiologi Hospital Beaufort dalam Pertandingan mencipta logo hospital pada tahun 2002 sempena Program Persijilan Akreditasi Hospital Beaufort.

Reka bentuk dan warna logo ini adalah berdasarkan warna bendera Malaysia dan diselitkan bersama slogan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia serta moto Hospital Beaufort.