Unit Kecemasan dan Trauma
Pengenalan
Bangunan Unit Kecemasan dan Trauma baru terletak dibahagian hadapan bersebelahan dengan bangunan Blok B dan C Hospital Beaufort dan mula beroperasi pada Mac 2013 dengan kos binaan sebanyak RM 3.6 Juta
Unit Kecemasan dan Trauma memberikan perkhidmatan kepada penduduk di daerah Beaufort dan kawasan sekitarnya termasuklah menerima rujukan pesakit dari semua Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Klinik Komuniti dan Klinik Swasta.
Antara perkhidmatan utama Unit Kecemasan termasuklah pengendalian, resussitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan definitive, Khidmat Pusat Bersepadu (OSCC) dan Pra Hospital yang merangkumi pasukan perkhidmatan Ambulan Kecemasan rujukan dan pemindahan interfasaliti dan Respon panggilan kecemasan .
Objektif
- Memberi rawatan kecemasan secara professional, berkesan dan cekap kepada pesakit.
- Menyediakan kakitangan yang mahir dan cekap dalam memberikan perkhidmatan.
- Mementingkan nyawa dan keselamatan pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.
- Menyediakan perkhidmatan ambulans dan pengangkutan lain untuk semua urusan rasmi jabatan.
- Memberi pendidikan kesihatan masyarakat serta kesedaran ke arah penghidupan yang sihat.
- Untuk memberi perkhidmatan yang berterusan selama 24 jam sehari untuk kes-kes kecemasan.
Skop Perkhidmatan
a. Menyaring (triage), mendaftar, memerikasa dan mengendalikan semua kes kritikal dan separa kritikal
b. Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan ambulans dan kenderaan:
- Panggilan kecemasan
- Menghantar kes-kes yang dirujuk ke hospital lain.
- Mengendalikan dan penghantaran mayat.
- Mengendalikan urusan rasmi pengangkutan pegawai dan anggota.
- Mengendalikan perkhidmatan forensik.
c. Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.
Piagam Pelanggan
- Kes kategori merah : Semua kes-kes kritikal akan di masukkan ke unit rawatan dengan serta merta tanpa membuat penilaian primer dan sekunder.
- Kes kategori kuning : Semua kes akan dibuat penilaian primer sebelum mendapatkan rawatan dan kes-kes ini akan dirawat segera dalam masa 30 minit
- Kes kategori hijau : Semua kes yang diketagorikan kes-kes ringan akan di lihat oleh pegawai dalam masa 90 minit
Unit Inter/Intra Fasiliti Ambulan
- Semua panggilan kes-kes kecemasan daripada mers 999 atau panggilan terus ke hospital/unit kecemasan & trauma akan direspon mengikut masa yang telah ditetapkan dalam masa 5 minit
- Semua kes stabil yang akan dirujuk inter / intra fasiliti ke hospital berpakar adalah mengikut fleksibiliti anggota bertugas dan keterukan pesakit dalam masa 1 jam
- Retrival - Semua kes yang perlu dirujuk ke hospital daripada fasiliti lain yang kemudahan peralatan dan ambulan, akan di respon mengikut masa fleksi dalam masa 30 minit