Unit Kerja Sosial Perubatan
Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) Hospital Beaufort ditubuhkan untuk memberikan bantuan praktikal dan terapi sokongan kepada klien iaitu pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini agar mereka dapat berfungsi sebaik mungkin apabila kembali semula kepada masyarakat.
Dalam erti kata lain, Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.
Objektif
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan, dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan
Visi
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik
Misi
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan
Piagam Pelanggan
- Permohonan bantuan praktik akan diproses dan dihantar ke agensi bantuan setelah dokumen pesakit lengkap diterima dalam masa 14 hari
- Setiap kes yang dirujuk akan diberi intervensi selepas rujukan diterima dalam masa 2 hari
- Setiap kes OSCC yang dirujuk akan diberi intervensi selepas rujukan diterima dalam masa sehari
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Beaufort adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris.
Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.
Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. 1.Terapi Sokongan / Kaunseling Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:
- Khidmat perundingan
- Sokongan emosi
- Intervensi krisis meliputi kes keganasan rumah tangga ibu tanpa nikah penderaan dan pengabaian kanak-kanak jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.
Bantuan terapi sokongan diberi kepada:
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
- Bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
2. Bantuan Praktik Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek:
- Bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
- Penempatan institusi
- Mengesan waris.
Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya :
- Penderaan dan pengabaian Kanak-kanak
- Ibu tanpa nikah
- Keganasan rumahtangga
- Jenayah seksual
- Pesakit akut dan kronik
- Orang kurang upaya (OKU)
- HIV positive / AIDS
- Ketagihan dadah / alkohol
Agensi Rujukan Bagi Mendapatkan Bantuan
- Tabung Bantuan Perubatan (TBP)
- Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)
- Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Persatuan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Akhbar Tempatan
- Pejabat Kedutaan Luar Negara
- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Lain-lain agensi