Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Wad Lelaki Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Klinikal
Image

Unit Wad Lelaki

Pengenalan

Wad  Lelaki  Hospital Beaufort menyediakan perkhidmatan Multidisiplin untuk Pesakit bagi Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Geriatrik, Paliatif dan Penyakit Berjangkit. Fungsi utamanya adalah memberi keperluan penilaian diagnosa, rawatan, jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit.

Wad Bunga Melur Lelaki (Wad Lelaki) terletak di bangunan Block F, tingkat 3 berkongsi dengan Unit Rekod dan unit kawalan infeksi, di bawah wad ini ialah Wad Bunga Melur 2.  

Objektif

  • Memastikan pesakit yang dimasukkan ke wad mendapat rawatan yang sepatutnya sebaik sahaja tiba di wad.
  • Memastikan pesakit yang discaj dari wad mendapat rawatan susulan.

Visi
Berazam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, penyembuhan, pemulihan dan palliative.

Misi
Meningkatkan kualiti perawatan pesakit ketahap yang optima melalui pembangunan kerjaya yang profesional, penyayang dan semangat berpasukan.

Skop Perkhidmatan

Menyediakan Perkhidmatan Multidisiplin untuk Pesakit bagi Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Geriatrik, Paliatif dan Penyakit Berjangkit

WAD BUNGA

MELUR 1

(Lelaki)

MULTIDISPILIN

JUMLAH KATIL

Perubatan Am

16

36

Pembedahan Am

16

Orthopedik

4

KUBIKAL

JUMLAH KATIL

FUNGSI

High Dependency Unit

4

Merawat pesakit yang menghidap sakit jantung, asma yang teruk dan juga untuk pesakit dalam keadaan tenat yang memerlukan pemerhatian rapi dan rehat secukupnya

Bilik Pengasingan (Isolation)

6

Sebuah bilik bertutup dikhaskan untuk menempatkan pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit

Perkhidmatan yang disediakan

  • Fungsi utama wad adalah untuk memberi keperluan penilaian diagnosa, rawatan, jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit pada umur 12 tahun ke atas.
  • Menyediakan Perkhidmatan Multidisiplin Untuk Pesakit bagi Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Geriatrik, Paliatif Dan PenyakitBerjangkit
  • Wad ini menyediakan perkhidmatan untuk pesakit medikal, surgikal, ortopedik, psikiatrik, danpaliatif .
  • Menyediakan katil untuk kelas 3 sahaja.
  • Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
  • Pendidikan kesihatan diberikan kepada pesakit dan keluarga.
  • Unit rawatanrapi - 6 katil untuk menempatkan pesakit yang mengidap sakit jantung, Asthma yang teruk dan juga untuk pesakit dalam keadaan tenat yang perlu pemerhatian rapi dan rehat sepenuhnya.
  • Psikiatrik dan paliatif - Tiada katil khas dan pesakit ditempatkan di unit medikal.
  • 4 buah katil yang berdekatan dengan kaunter jururawat juga khas untuK rawatan pesakit yang perlu pemerhatian lebih kerap (sepertikes-kes pembedahan).

Piagam Pelanggan

  • Pesakit di tempatkan di katil dilaksanakan serta merta.
  • Pesakit dinilai dan diberi rawatan oleh pegawai perubatan selepas kemasukan ke wad dalam tempoh 1 jam.
  • Pesakit discaj dari wad selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan dalam tempoh 6 jam.