Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Countdown Penilaian Akreditasi MSQH

Hospital Beaufort Ke Arah Persijilan Hospital Akreditasi (MSQH Edisi 6) pada 14 - 16 Julai 2025.

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Lawatan Timbalan Menteri Kesihatan ke Hospital Beaufort

 Berita HBFT   11 Oct 2024

11 Oktober 2024 - BEAUFORT - YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Jelajah Borneo di Sabah pada hari ketiga dengan mengadakan lawatan ke Hospital Beaufort selepas selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Daerah Sipitang.

Ketibaan Dato Lukanisman disambut mesra oleh YBrs. Dr. Sutharsan a/l Kannan, Pengarah Hospital Beaufort bersama warga Hospital Beaufort. Dato Lukanisman turut menyertai sesi bergambar sebelum diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah hospital mengenai perkembangan terkini Hospital Beaufort.

Hospital Beaufort merupakan Hospital Pakar Minor dengan menawarkan tiga jenis kategori perkhidmatan iaitu perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sokongan klinikal dan perkhidmatan pengurusan hospital termasuk tiga perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan Radiologi, Neonatal Intensive Care Unit (NICU), dan perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology (O&G).

Antara tempat yang dilawati oleh YB Dato Lukanisman adalah Unit Hemodialisis, Wad Lelaki, Wad perempuan, Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Jabatan pesakit luar.

Turut hadir, YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Ahli Parlimen Beaufort, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KKM dan YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

Sumber : Facebook KKM

𝐏𝐊𝐍𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐌𝐊𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐀𝐔𝐅𝐎𝐑𝐓

𝟏𝟏.𝟏𝟎.𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐟𝐨𝐫𝐭: Seusai lawatan di Hospital Sipitang dan menunaikan Solat Jumaat, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah,

Ketibaan YB Dato Lukanisman telah disambut oleh Pengarah Hospital Beaufort, Dr. Sutharsan a/l Kannan serta warga Hospital Beaufort. Selain kehadiran pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, turut hadir dari Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah adalah Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (TPKNS) - Bahagian Kesihatan; Dr. Liau Siow Yen, TPKNS - Bahagian Perkhidmatan Farmasi; Dr. Thaddius Herman Maling, TPKNS - Kesihatan Pergigian; wakil-wakil TPKNS dan pegawai-pegawai berkaitan.

Pihak JKR Daerah Beaufort juga turut hadir untuk menyampaikan taklimat berkenaan status terkini projek naik taraf Hospital Beaufort kepada YB Dato Lukanisman.

Terima kasih kepada warga Hospital Beaufort atas kerjasama dan hospitaliti sepanjang lawatan tersebut berlangsung.

Sumber: Facebook PKN Sabah